Sabah sekarang ni sememangnya dah jadi satu destinasi popular di kalangan pelancong. Jujurnya bagi saya, Sabah memang cantik and banyak tempat best untuk dilawati. So to all travellers, make sure to put Sabah in your bucket list okeyy.
Now in this entry i would like to share nice places to visit and what kind of activities you must do when in Sabah, to be specific Kota Kinabalu (often refer to as KK). Nak kata saya ni pakar sangat dengan KK tu tak ada la, cuma penah study dekat UMS 3 tahun time degree, so boleh la nak share sikit apa yang best kat sini.
1. Taman Tunku Abdul Rahman Park
Sabah banyak pulau yang cantik2 yang sangat la sesuai untuk aktiviti pantai contoh macam snorkelling or diving. Paling dekat dengan KK korang kena pergi pulau dekat Taman Tunku Abdul Rahman Park ni, basically ada Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dengan Pulau Gaya. Saya suggest korang untuk spend satu hari untuk aktiviti pulau ni. Better pergi pagi2 dan beli tiket dekat Jesselton Point. Kat Jesselton Point ni tempat naik speed boat untuk ke pulau2 ni. Trust me snorkelling kat sini best.
Zaman saya muda study kat UMS :) |
2. Kinabalu Park, Kundasang
Kalau nak pergi mendaki gunung Kinabalu, kat sini la tempat dia. Kira macam starting point untuk ke Gunung Kinabalu. Kalau tak nak mendaki pun takpe, cukup sekadar jalan2 kat sini. Nak ke Kundasang ni kena la bajet satu hari untuk jelajah Kundasang. Baru la tak rushing. Kundasang lebih kurang 2 jam drive dari KK.
3. Desa Dairy Farm
Tempat ni sekarang memang dah popular dah jadi tempat wajib pergi kalau datang bercuti ke KK. Desa Dairy Farm ni tempat ladang lembu yang cantik sangat view macam kat oversea gitu. Korang boleh melawat ambik gambar banyak2 kat sini and try susu fresh dia, memang sedap.
Kabus tebal sebab baru lepas hujan dah macam kat oversea kan |
4. Pasar Filipin and Night Market
Nak beli souvenir boleh beli kat Night Market, harga dia lebih murah dari harga kat dalam Pasar Filipin. Kat Pasar Filipin ni ada bahagian jual2 barang souvenir and ada jugak bahagian makanan. Kena try makan kat sini banyak choice seafood. Tapi korang kena pandai pilih seafood yang fresh and jangan lupa tawar harga.
Gambar from - Cari Infonet |
5. Gaya Street Sunday Market
Kalau korang datang KK hari Ahad, bonus untuk korang, boleh pergi jalan2 kat Gaya Street Market. Dia hari ahad je ada, lebih kurang macam pasar pagi la. Banyak barang jual kat sini termasuk la barang antik, haiwan semua ada.
Gambar from Sabah Tourism |
6. Lokan Bakar & Puding Kelapa, Tuaran
Haaa ni wajib korang try kalau dah sampi KK. Sewa kereta then drive sampai Tuaran, dekat2 area Politeknik KK. Sepanjang jalan memang jual lokan bakar dengan jelly Kelapa. Lokan dia cicah dengan kuah dia mmg umpphhh. Sapa yang konon2 tak nak makan tu pun bila dah rasa sekali confirm nak lagi.
Lokan bakar (gambar from mytravellicious) |
Yang saya list ni cuma antara yang popular memang jadi tumpuan pelancong la kiranya. Yang lain2 banyak lagi tempat best korang boleh melawat. So kalau tiket promo tu, contohnya AirAsia buat promo, memang berbaloi kalau korang pertimbangkan KK sebagai next place untuk korang. Selamat berjalan.
No comments:
Post a Comment