Follow Us

Friday, 16 March 2018

Cadangan, Contoh Hadiah Untuk Lelaki

Lelaki dalam hidup kita, tak kira la ayah ke, suami, abang, or boyfriend sepatutnya memang kita kena celebrate certain occasion untuk nak raikan dorang kan. Contohnya macam birthday, anniversary, hari bapa dan macam2 lagi la. Pening tak nak pikir hadiah apa nak bagi golongan lelaki ni? Haaa saya selalu jugak pening nak pikir hadiah ni. Orang laki ni tau la kan, benda2 dorang jarang nak bertukar. Kalau baju contohnya, selagi baju tu elok lagi selagi tu la dorang takda nak beli baju baru kan.

Post kali ni saya nak share cadangan hadiah ataupun barang yang kita boleh hadiahkan untuk orang tersayang kita (lelaki). Sapa yang blur tak tau nak beli apa tu, harap post ni dapat la sikit bagi idea untuk korang nak beli apa.

1. Jam tangan

Masa tu penting. Hadiahkan la jam tangan kalau si lelaki tu dah lama tak bertukar jam. Harapnya dengan jam tangan tu nanti setiap masa laa si dia dok teringat kat korang. Haa gittu. Hihihi.

2. Perfume

Yang ni pun antara hadiah favorite di kalangan lelaki kan. Paling senang nak hadiahkan perfume ni. Banyak pilihan merata ada jual. Ikut bajet korang, kalau bajet tebal beli la jenama mahal. Kalau bajet rendah sikit, yang murah dan tahan lama pun banyak je wei. Wangi jugak. Tapi kalau ikut orang tua2 dulu kata, tak elok hadiahkan perfume untuk bf or tunang korang. Katanya nanti hubungan tu takkan kekal. Haa betul ke? Ada ke yang penah dengar camni jugak? Apa pun ni cuma orang dulu je kata. Dengar boleh, percaya jangan, nanti syirik. Hihi.

3. Beg duit (wallet)

Penah tengok tak wallet lelaki? Dorang ni akan guna sampai wallet tu lunyai tau. Sama la dengan laki saya. Kalau kita tak belikan baru, memang tak bertukar la jawabnya. So boleh jugak hadiahkan lelaki wallet baru. Senang banyak pilihan kan. Nak cari pun mudah merata ada.

4. Kasut

Kalau korang tau saiz, boleh hadiahkan kasut. Tapi kasut ni kadang2 tricky sikit la. Yela citarasa orang tak sama kan. Kalau kita suka, tak semestinya orang lain suka. Maybe citarasa dia lain sikit. So kalau korang tau sangat2 pasangan korang or lelaki yang korang nak hadiahkan kasut ni suka yang macam mana, haa boleh la hadiahkan kasut.

5. Gadget

Kebanyakkan lelaki confirm suka gadget kan. Tak kira la handphone ke, playstation ke or even kamera. Tapi gadget ni harga pun memahal la. Kalau bajet tinggi boleh la nak hadiahkan barang2 camni. Tapi tengok peringkat umur jugak. Kalau nak hadiahkan kat ayah korang contohnya, mungkin kurang sesuai untuk orang tua kan. Yela orang tua mana la minat dah benda2 camni.

6. Kad

Haaa yang ni tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan. Paling mudah paling senang tak payah pikir pening2, bajet pun tak lari, bagi je kad wei. Kad ni sentimental value dia tetap akan ada. Satu hari nanti in the future, kalau tengok balik kad ni, mesti teringat memori indah kenangan dulu. Cewahh. Kalau yang kreatif, boleh buat DIY kad. Lagi la tinggi sentimental value dia kan. Tulis la ucapan2 untuk orang tersayang korang.

7. Belanja makan

Ada lelaki lebih suka kita belanja makan, kenyang perut dorang. Yang ni pun senang jugak just bawak je dorang makan kat tempat pilihan dorang, then korang bayar je, simple.

8. Kek

Kalau yang kita nak celebrate tu birthday contohnya, kek memang la paling favoite sekali kan. Selalu orang akan beli kek. Beli satu kek, then balik rumah, boleh dah celebrate satu family. Pun simple dan mudah.

Ini la sedikit sebanyak contoh hadiah yang sesuai nak bagi untuk geng lelaki. Apa-apa pun hadiah tu tak penting sangat, yang lebih penting ingatan kita. Contohnya macam hari lahir ayah kita or hari bapa. Cukup dengan ingatan and wish untuk dorang, confirm dorang dah happy kan. Tak perlu hadiah mahal2 pun. Doa seorang anak untuk ibu bapa lagi laa berkat. Tapi kalau nak bagi hadiah pun of course dorang akan lebih happy kan.

No comments:

Post a Comment