Follow Us

Monday, 4 March 2019

Pengalaman Bercuti ke Jakarta


Day 1.


Kali ni saya nak share story pengalaman saya ke Jakarta, Indonesia. Kami pergi ni sebenarnya atas urusan kerja suami saya. Kami ni peneman je. Tak lama pun kejap je 3 hari 2 malam. Saya pergi dengan husband, anak saya, mak and adik saya sorang. Flight kami hari Sabtu, 23 Feb, balik on 25 Feb 2019. Flight pagi-pagi pukul 8.30 pagi. So kami bertolak dari rumah saya naik grab pukul 4 pagi. Sampai KLIA 2 dah pukul 5 pagi. Kami terus pergi check in, sempat isi perut dulu before masuk ke dalam.

Si kecik tengah tunggu flight dia..hihi

Dah setel semua urusan ktorang terus masuk ke dalam, solat then tunggu time untuk boarding je dah. Flight ke Jakarta lebih kurang 2 jam la amik masa. Timing kat Jakarta pulak 1 jam lewat dari Malaysia. So kami sampai Jakarta time tu around 9.30 pagi macam tu. Urusan kat imigresen semua smooth je, tak ramai orang so beratur pun kejap sangat. Alhamdulillah.

Terminal 2, Sukarno Hatta International Airport

Tengah tunggu teksi untuk ke hotel

Keluar je dari situ, kami terus cari teksi untuk ke hotel. Recommended untuk korang amik teksi bluebird. Sebabnya teksi ni pakai meter so selamat la sikit dari kena jerut. Hihihi. Tapi ktorang amik teksi bluebird chartered, harganya 195 ribu rupiah termasuk sekali bayaran tol. Perjalanan ke hotel lebih kurang 40 minit. Jalan pun agak clear takde macet. Maybe sebab hari Sabtu kan. Hihi.

Landing dulu bila sampai

Kami check in hotel Sottis Residence Pejompongan. Hotel ni dekat area Jakarta Central. Dekat sangat dengan tempat shopping fames, Tanah Abang. Masa sampai dalam pukul 11 macam tu, bilik dah ready so kami boleh terus check in je. Kami book 2 bilik untuk 2 malam total lebih kurang 600 ringgit. So far hotel ni nice. Bilik sangat bersih, selesa. Location sangat best dekat central. Kedai makan banyak sekitar sini. Staff hotel kat sini pulak semuanya baik-baik, lemah lembut belaka. Dari staff reception, staff kat restaurant sampai la yang jaga pintu tu, semuanya sangat bagus. Servis 5 star saya bagi. Hihi.
Me, my mom, my sis and my son

Ruang lobi hotel

Ruang lobi hotel

So aktiviti hari pertama ialah shopping. Mana lagi tujuannya kalau bukan ke Tanah Abang. Lepas selesai check in, siapkan anak saya mandi dulu sebab dari rumah belum mandikan dia. Kekeke. Lepas setel terus keluar ke Tanah Abang. Hotel saya stay ni dekat sangat lebih kurang 2 km je. Tapi jem dia sangat padu ye. Sepanjang jalan jem ya rabbi. Kami amik grab dari hotel ke Tanah Abang, cuma 20 ribu rupiah je. Tanah Abang ni macam shopping mall untuk pemborong la lebih kurang. Macam-macam ada jual kat sini, kain meter, baju dah siap, telekung, beg semuanya ada la. Pandai-pandai la korang tawar menawar kat sini. Mak saya sempat borong baju ready made lace dengan kain batik pasang. Sepasang dalam 50 ringgit je duit kita. Murah sangat-sangat. Kami sempat jugak borong kain batik meter. Batik kat sini cantik belaka. Geram tengok sampai tak tau nak pilih yang mana. Murah je kat sini boleh dapat semeter dalam 15 ringgit. Jom cuci mata.

Dalam Pasar Tanah Abang

Kedai jual tudung

Kedai jual baju batik, beraneka design




Lepas habis shopping, kami sempat jugak singgah ke Thamrin City. Dua-dua mall ni berdekatan je. So dah alang-alang tu masuk jugak ke Thamrin City ni sekali. Barang yang dijual pun kebanyakkan sama je macam dekat Tanah Abang. Sempat jugak kami minum menghilangkan dahaga dekat Es Teller. Kedai Es Teller ni best dia punya Es Teller nangka sedap sangat. Hihi.

Mommy, daddy and Ammar posing dulu dekat dalam Thamrin City

Tunggu my mom shopping

Rehat sebentar minum Es Teller

Day 2

Pagi-pagi breakfast dulu kat hotel. Plannya hari ni teman hubby settlekan kerja dia dulu. Tapi masih awal lagi so kami decide nak pergi ke National Monument dulu. So kami ambik grab macam biasa terus ke National Monument ataupun Indonesia panggil ni as Tugu Monas. Cuaca panas jugak time kami sampai ni tapi dah ramai sangat orang. Sempat la kami posing jugak kat sini. Actually boleh naik ke atas, saya xsure berapa bayaran dia tapi kami tak naik pun just ambik gambar kat luar je.
At Tugu Monas



Si kecik kepanasan dah tu..hihihi

Lepas habis jalan-jalan kat sini, terus kami gerak ke Jakarta Convention Centre, tempat hubby nak settlekan keja dia. So saya dengan mak, adik and anak saya sempat la jalan-jalan sini jap. Time ni ada event macam travel fair ala-ala matta fair kat Malaysia la. Macam-macam tour ada sini boleh cuci mata compare harga dorang. Sempat jugak kami beli 2 luggage yang saiz cabin tu, murah gila dalam 70 ringgit je satu. Kualiti Nampak helokk jugak la. Memang patut beli pun sebab dah tershopping banyak gila kat Tanah Abang tu kan. Memang memerlukan beg tambahan kisahnya. Hihihi.


Kami kat Jakarta Convention Centre

After settle keja kat sini, kami balik ke hotel dulu, simpan semula barang apa yang patut semua, then keluar semula untuk lunch. Kami pilih lunch dekat satu restoran nasi padang yang kalau ikut review kat Google memang meletup, nama dia Rumah Makan Salero. Tengok laa aneka lauk padang yang ada ni. Haaa meleleh tak air liur? Keke. Rendang minang paling sedappp sekali kat sini. The best sangat rasanya. So far saya bagi 5 star jugak. Korang kalau datang Jakarta, boleh try nasi padang kat sini k. Google je nama kedai makan ni, then book je Grab untuk ke sini. Mudah sangat.

Rumah Makan Salero Jumbo



Lauk padang, semua sedap-sedap :)


Destinasi berikutnya lepas perut dah kenyang, kami book Grab ke Taman Mini Indonesia Indah. Tempat ni ala-ala macam rumah kebudayaan gitu la. Jauh jugak dari Jakarta Central ke Taman Mini lebih kurang 40 minit. Macam-macam ada kat sini, tempat dia pun sangat-sangat luas. Better naik kereta untuk masuk dalam ni. Kami ambik teksi blue bird untuk pusing-pusing kat dalam ni. So korang boleh mintak je teksi stop kat mana yang korang nak. Ada tempat yang korang tak berminat nak tengok, boleh skip. Kami sempat stop kat Rumah Riau, Padang, Istana Anak-anak Indonesia dengan candi mini Borobodur. Tu je sempat. Sebabnya time tu nak hujan.

Istana Pagar Ruyung

Rumah Gadang

Istana Anak-Anak Indonesia


Mini Candi Borobodur


Muzium reptilia


Mini Tugu Monas dekat dalam Taman Mini Indonesia Indah

Memang elok-elok lepas kami masuk kereta dah hujan. So kami terus je mintak teksi tu hantar kami balik ke Jakarta Central. Kami mintak teksi stop dekat Plaza Senayan. Ni tempat shopping jugak. Tapi ni kira macam tempat shopping orang kaya. Semua butik-butik mewah ada kat sini. Ala-ala macam Pavilion or KLCC kita la. Tujuannya mak saya nak beli something for my dad yang tak dapat join trip kali ni. Hihi.

Amboii cik abang tu belek-belek baju batik nak ke tu? Hehe

Lepas dah setel kami balik semula ke hotel. Mandi, solat, rehat-rehat kejap. Malam keluar semula untuk dinner. Kami dinner dekat satu café ni dekat je dengan hotel kami stay. Bersebelahan dengan hotel kami stay ni ada satu kedai buah fresh fruit. Macam-macam buah ada jual kat sini. Sempat lagi mak saya bershopping buah pulak kat sini. Biskut ritz kat sini murah gila, sepaket ni lebih kurang 2 ringgit je. Kalau kat Malaysia jual 8 ringgit. Haha. Kawan mak saya ada kirim pewangi toilet brand Stella. So yang ni mak saya beli dekat Alfa Mart lebih kurang macam 7E la Alfa Mart ni. Wangi sangat-sangat saya dah try letak kat bilik air rumah. Memang best.

Dinner - Nasi Ayam Bakar
Pewangi toilet, Stella. Memang bau wangi kuat sangat. Sedap bau dia.

Day 3.


Last day kat Jakarta, memang dah tak ada aktiviti apa lagi dah. Lepas breakfast kat hotel, kami kemas-kemas barang, siap untuk ke airport je. Kami book grab macam biasa terus ke airport. Sampai airport awal lagi, so sempat kami pekena mee bakso special dulu kat airport tu. Sedapp pedas memang best. Bakso dia kemain besar-besar. Specialnya siap dibalut dengan tauhu lagi. Flight pukul 2.35 petang, sampai ke KL pukul 5.30 time Malaysia.

Dekat airport, ready to fly back to KL

Sementara menunggu, pekena bakso dulu laa. Hihi


Main dulu kat playground


Sekian je la pengalaman kami di Jakarta.

Kopi Luwak, sedapp.

Hasil shopping kat sana. Hihi

Kain batik meter yang sempat dibeli.

No comments:

Post a Comment