Hari Jumaat hari tu saya ikut hubby ke Ipoh. Hubby ada kerja so alang2 weekend kan, saya ikut je la sekali. Sebenarnya saya ni tak penah lagi sampai Ipoh (ulang alik SP-KL pn tak penah singgah Ipoh, haishhh maluuu). Ni boleh dikatakan first time la. Selalu kalau orang pergi Ipoh orang akan buat food trip ala2 gitu kan, sebab Ipoh banyak tempat makan best2. Kat FB pun banyak page yang share pasal tempat makan best kat Ipoh contoh macam nasi ganja.
Memang teringin dah lama nak try nasi ganja ni, tapi kali ni belum sempat nak try. Maklum laa kejap sangat pegi semalam je. Saya bertolak from KL pn dah lewat lebih kurang pukul 6 petang sampai Ipoh dah malam pukul 8.30 gitu.
Kami check in kat hotel yang sangat la cantik deco dia. Dia macam boutique hotel tapi serius memang cantik hotel ni. Nama dia Merton Hotel. Keluar kat Exit Simpang Pulai, tak jauh dah hotel ni lebih kurang 5 minit je dah sampai. Harga pun reasonable masa saya book ni semalam cuma 103 ringgit. Jom tengok gambar yang saya sempat snap.
Hero kecik posing :) |
Lobby boleh tahan besar |
Reception area dia pun cute je kan |
Malam lepas hubby setel kerja, kami keluar jalan dekat uptown Ipoh ataupun orang panggil Gerbang Malam. Sama je macam uptown2 lain tapi ok la dapat jalan2 jugak kejap. Hihi. Dah penat pusing2 kat situ, kami pun balik hotel and tidur.
Esok pagi2 dalam pukul 9 pagi kami check out awal and gerak cari breakfast best kat Ipoh. Saya google tempat best untuk breakfast kat Ipoh and jumpa la satu restaurant ni yang review dia boleh tahan best nama dia Restaurant Hollywood. Berpandukan waze, kami pun drive ke sana. Sampai je kat situ, tengok orang mak aiiii ramai ya amat. Penuh satu kedai, orang dok tunggu meja kosong pun ramai. Ikutkan hati saya yang malas menunggu ni nak je ajak hubby g kedai lain, tapi hubby kata takpe tunggu je kejap dah alang2 dah sampai kan.
Alhamdulilah rezeki tak tunggu lama sangat pastu ada meja kosong. Fuhh lega. Kat sini banyak stall makanan macam2 ada sampai saya tak tau nak pilih yang mana satu. Ada stall nasi lemak, kuey teow goreng, cha hor fun, yong tau foo, mee kicap, mee kari, mee sup, yong tau foo goreng, roti and banyak lagi (tak ingat dah). Nak order semua confirm laa tak habis nanti so kami order yang mana ramai orang order je. Char hor fun udang, mee kicap, dengan yong tau foo goreng. Bagi saya sedap. Licin la semua yang kami order.
Bila dah kenyang, kami jalan2 pulak ke town, saja nak amik gambar. Kami jenjalan kat area Ipoh Old Town. Sepanjang jalan ni ada jual2 macam barang antik la, makanan macam cotton candy, homemade aiskrim, fruit tea , etc.
Dah habis pusing amik gambar, kami stop by kat satu cafe tepi jalan ni, nama dia Bareestea Cafe. Tempat dia cantik je selesa nak lepak nak hilangkan peluh jalan tadi. Hihi. Saya order Banana Buzz Smootea, share dengan hero kecik saya, while hubby order Flat White. Teringin tengok dessert dia semua macam sedap, saya order soft cookie with ice cream (recommended by the staff). Memang sedap manis pekat melekat rasa dia. Makan pulak dengan yang tersayang lagi laa bertambah sedap. Share2 kan romantik. Hihi.
Insyaallah nanti ada masa, saya nak repeat lagi Ipoh, make sure dapat merasa nasi Ganja ;)
No comments:
Post a Comment