Follow Us

Tuesday 6 March 2018

Resepi Kacang Kelisa Goreng Belacan

Saya memang penggemar sayur kacang kelisa ni goreng simple je pun sedap kan. Ada setengah orang panggil sayur ni kacang botol. Sama je sayur dia. Nama je lain. Kali ni saya nak share resepi yang tersangat la mudah, tapi confirm sedap iaitu kacang kelisa @ kacang botol goreng belacan. Jom usha resepi ni.



Bahan-bahannya:

- Sayur kacang kelisa (hiris nipis)
- 2 ulas bawang merah *
- 2 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api) *
- Sedikit belacan *
- Sedikit udang kering ataupun ikan bilis (sikit je tau) *
- Garam secukup rasa

**Tumbuk atau blend guna blender ikut mana yang korang nak. Saya blend je sebab malas nak tumbuk. Hihi.

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak sikit dalam kuali. Tumis bahan2 tumbuk atau blend tadi sampai naik bau.
2. Bila dah naik bau, cili pun dah garing elok, boleh la masukkan kacang kelisa.
3. Gaul sampai sebati. Perasakan dengan garam ataupun serbuk perasa secukup rasa.
4. Tutup api dah boleh hidang.

Haaa mudah gila kan. Selamat mencuba kawan2.

No comments:

Post a Comment