Follow Us

Wednesday, 1 April 2020

Resepi Sayur Taugeh Masak Lemak Putih

April 01, 2020 0 Comments
Hi guys.

Sayur taugeh ni bukan semua orang suka makan kan. Saya pun kalau nak ikutkan tak berapa suka taugeh. Saya boleh makan taugeh pun kalau masak lemak macam ni je. Kalau goreng biasa tu memang susah sikit nak telan rasa. Haha. So sebab dah masak sayur taugeh ni jom la saya share resepi mudah masak lemak putih taugeh.



Bahan-bahan:

- Segenggam taugeh (dibersihkan)
- Santan
- Sedikit udang kering (kalau tak ada boleh je gantikan dengan ikan bilis-rendam dulu)
- Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk dihiris:
- 1 biji bawang besar
- 2-3 ulas bawang putih
- 1 biji cili merah
- Sedikit carrot
- Sedikit putik jagung (yang ni saya tambah sebab nak habiskan stok kat rumah, hihi)


Cara nak masak:

1. Masukkan bawang yang dah dihiris nipis dengan udang kering dan carrot dalam periuk. Kalau korang guna sayur lain yang keras masukkan dulu la sebab kena masak lama sikit kan. Then masukkan santan. Ikut la nak kuah banyak mana. Kalau nak kuah banyak, so banyakkan je santan tu. Saya guna santan segera yang serbuk tu (1 paket), bancuh dengan air.
2. Bukak api, then kacau je semua bahan tu sampai mendidih. Bila dah mendidih, baru la masukkan sayur taugeh sekali dengan cili merah yang dah hiris tadi. Continue kacau and masak.
3. Bila dah agak lama sikit, perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Rasa semua dah ok, then boleh la tutup api dan hidang.

Mudah je kan resepi ni. Selamat mencuba semua.

Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam

April 01, 2020 0 Comments
Hi guys. Saya nak share satu resepi berkuah untuk masakan ikan yang sangat mudah je nak buat. Kalau korang baru belajar masak pun insyaallah jadi. Ikan tenggiri ni macam-macam jenis masakan pun boleh je kalau nak masak kan, cuma yang ni kali ni saya nak share resepi untuk masak asam guna ikan tenggiri. Kalau masak asam ni, jangan lupa ikan tu kena la digoreng dulu. Mungkin ada jugak yang masak asam tanpa goreng dulu ikan ni, tak tau la ikut selera masing-masing kan. Tapi pendapat saya mungkin pelik sikit rasanya kalau kita tak goreng dulu ikan before masak dengan kuah ni. Jom la tengok je terus cara nak buatnya.



Bahan-bahan:

- Beberapa ketul ikan tenggiri (gaul garam kunyit then goreng dulu hingga masak)
- 1 biji bawang besar - hiris nipis
- 2 ulas bawang putih - hiris nipis
- Sedikit halia - hiris nipis
- 1 tangkai cili merah & cili padi - hiris nipis
- Air asam jawa
- Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan kuali, tumis bawang-bawang sampai naik bau.
2. Masukkan air asam jawa secukupnya. Kalau suka kuah banyak sikit, boleh la banyakkan air asam jawa ni. Saya guna pes asam jawa adabi dalam satu sudu kecil, then tambah air.
3. Bila kuah dah mendidih, baru la masukkan ikan dan cili merah. Perasakan la dengan garam dan gula secukup rasa.

Dah siap boleh la tutup api dan hidang. Kalau makan lauk macam ni dengan nasi panas memang sedap. Boleh menambah nasi. Hihi.

Selamat mencuba.

Sunday, 29 March 2020

Resepi Sotong Bakar Sos Thai - Sedap dan Menyelerakan

March 29, 2020 0 Comments
Hi guys.

Ok resepi kalini memang inspired by the one and only Khairul Aming. Tengok kat IG dia la ni. Macam mudah je nak buat kan. So saya pun give it a try la. Ok memang senang sangat nak buat sebab tak ada guna banyak teknik masak pun. Nak buat sos thai tu pun tumbuk je and gaul tekniknya. Mudah kan. So jom la tengok resepi ni.



Bahan yang diperlukan:

- Sotong (of course la kan) just basuh and cuci bersih. Saya potong kecik sebab senang nak makan. Kalau tak just kelar je kat bahagian sotong tu kalau korang masak seekor terus macam tu. 

Bahan untuk sos thai:

- Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing, saya guna dalam 8 tangkai)
- 3-4 ulas bawang putih
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 3 biji limau nipis (nak ambik jus je)
- Daun ketumbar - cincang halus) 
- Gula dalam 3 sudu besar
- Garam (jika perlu-sebabnya sos ikan dengan sos tiram tu dah masin)

Cara memasak:

Sotong:
1. Masukkan sotong dalam periuk tanpa minyak. Then masakkan sotong tu sampai la masak and kecut. Biar semua air sotong tu keluar. Dah masak sotong boleh la angkat ke dalam pinggan.

Sos thai:
1. Tumbuk cili padi dengan bawang putih sampai halus.
2. Bila dah halus, masukkan dalam bekas, tambah sos tiram, sos ikan, gula dan jus limau nipis. Gaul semuanya sekali sampai sebati.
3. Bila dah cukup rasa semua, masukkan daun ketumbar. Gaul dan sebatikan lagi.

Dah siap sos thai tu, boleh la korang tuangkan kat sotong yang dah masak tadi tu. Mudah je kan. Kalau tak nak campur sekali boleh je asingkan sos dengan sotong. Nak makan baru ambik and cicah. Pun boleh. Ikut selera masing-masing kan.



Selamat mencuba semua.

Saturday, 28 March 2020

Short Trip To Cameron Highland

March 28, 2020 0 Comments
Hai guys.

Weekend hari tu ada jemputan kenduri from my dad 's friend dekat Tapah. So my mom ajak us to go together. Dia ajak la ktorang short trip ke Cameron Highland dulu semalam. Kenduri tu on Sunday, ktorg gerak ke Cameron on Saturday. My mom and dad from Kedah, saya and husband dari KL, kami jumpa terus kat Cameron.

Bertolak from rumah kami around 8 pagi camtu. Sampai dekat Cameron dalam pukul 11 gitu. Kami ke Cameron Tea Valley dulu. Orang pun tak ramai sangat so selesa la untuk jalan-jalan. Kalau kat Cameron ni datang time cuti sekolah memang tersekat dalam jem jela jawabnya kan. Dekat Cameron antara ladang teh yang famous ni Cameron Tea Valley dengan Boh Sungai Palas. Kali ni kami singgah Cameron Tea Valley. Saja nak berposing ambik gambar je kat sini. Cantik sangat pemandangan dekat ladang teh ni kan. Hijau segar je rasa.





Kat sini beratur and tunggu truck pick up untuk melawat ke dalam kawasan ladang teh


Lepas habis berposing, kami terus ke hotel untuk check in. Kami stay dekat Hotel Equtorial Cameron Highland. Selesa and paling best location dia. Dekat je dengan pasar and Kea Farm. Jalan kaki je tak payah pening-pening nak bawak kereta cari parking bagai kan.

Ammar with tokwan and tokmi





Lepas check in apa lagi terus la kami jalan-jalan dekat Kea Farm tu. Saja pusing-pusing cuci mata. Beli strawbery fresh jalan sambil makan strawbery celup coklat. Aduhhh nikmatnyaaaa. Satu cucuk tak cukup. Beli banyak sikit. Haha.



Semua pokok-pokok benih ni untuk dijual

Warna warni bunga

Geram tengok kan strawberry gemuk-gemuk semua

Kawasan pasar kea



Macam-macam jugak la mak saya shopping kat sini. Jagung, ubi, tomato, siap dengan bunga and pokok lagi dia beli. Haha. Penuh kereta ayah saya. Sekali sekala datang Cameron kan. Lagi pun memang trip leisure je tak da plan apa sangat kan.







Time malam dinner time, kami makan steamboat best dekat restoran hotel Nova Highland Resort. Steamboat dia murah and ada promo time tu. Saya belanja la family makan situ. Sejuk-sejuk cuaca waktu malam kena la dengan steamboat panas kan. Hirup sup and tomyam fuhh layannnn.




Esoknya dah nak check out kan. Lepas check out sempat la kami pusing-pusing beli strawbery untuk bawak balik makan dekat rumah. Ok ni nak bagitau strawbery ni makan dekat Cameron memang manis sedap. Tapi kalau dah beli bawak balik ke rumah memang dia jadi masam. Betul la orang kata strawbery ni beli makan terus je kat sana. Kalau dah bawak turun balik rumah memang jadi masam. Padahal orang kedai tu dah pesan, sampai rumah simpan dulu dalam peti ais 2 jam. Bagi sejuk balik la kalau tak masam katanya. Tapi walau saya dah masukkan dalam peti ais sama jugak tetap masam. Ke ada tips lain untuk kekalkan manis strawbery ni? Share dekat komen please. Haha. Sharing is caring kan.

Yang ni view waktu pagi. Sejuk time bangun pagi suhu sekitar 15 degree.

Turun dari Cameron terus kami gerak ke Tapah rumah kenduri kawan ayah saya. Sekian la berakhirnya trip singkat kami singgah Cameron kejap. Hihi.

Friday, 27 March 2020

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api - Gerenti Sedap

March 27, 2020 0 Comments
Salam semua.

Today saya nak share resepi simple je mudah nak masak, tak perlu bahan banyak pun - ayam masak lemak cili api. Sempena dengan Restriction Movement Order (RMO) ni, memang dok rumah je so saya pilih masak yang simple-simple mudah dan cepat.

Ayam masak lemak ni ada macam-macam version jugak ikut orang kan. Tapi apa yang saya tau, kalau original resepi masak lemak cili api Negeri Sembilan style, dia tak ada tumis, just leburkan semua sekali bahan-bahan kan. Tapi yang saya buat ni style sendiri ikut mana yang mudah. Hihi. Jom tengok bahan.



Bahan-bahan:

- Ayam (potong kecik ikut suka part mana korang nak-dibersihkan)
- Santan
- Garam secukup rasa
- Serai (1 batang-diketuk)
- 1 biji kentang (potong kecik)

Bahan tumbuk halus (blend pun boleh):

* 7-8 biji cili padi
* 1 biji cili merah besar
* 1 biji bawang merah (saiz sederhana besar)

Saya campurkan cili merah dengan cili padi sebab tak nak pedas sangat. Tapi kalau korang suka pedas tambah la cili padi tu. Kalau korang tak suka tumbuk, blend je lagi mudah.

Cara-cara:
1. Panaskan kuali, masukkan ayam yang dah dibersihkan tadi. Masak ayam dulu sampai ayam sedikit kecut and air ayam dah keluar. Ayam tu lumur sikit dengan garam kunyit supaya ayam kita masak nanti tak pucat sangat.
2. Bila ayam dah kecut sikit, masukkan bahan tumbuk, serai dan kentang. Gaul sebati. Masak dulu sampai semua bahan sebati dengan ayam.
3. Bila dah bahan bergaul semua, baru la masukkan santan. Time ni masukkan lagi sikit serbuk kunyit dalam satu sudu kecil untuk jadikan kuah kaler kuning. Saya guna serbuk kunyit sebab tak ada kunyit hidup, so boleh ganti serbuk kunyit je.
4. Biar je ayam masak dan kentang empuk. Tapi kena selalu kacau kuah santan ni supaya rupa dia elok je nanti kuahnya.Tambahkan la perasa garam secukup rasa.
5. Bila kentang dah empuk elok, ayam pun dah masak sempurna, boleh la tutup api dan hidang. Maka siap la menu ayam masak lemak cili api.

Mudah je kan. Insyaallah menjadi. Selamat mencuba semua.





Sunday, 9 February 2020

Tempat Makan Seafood Best Sekitar Malaysia

February 09, 2020 0 Comments
Hai guys.

Entry kali ni saya nak share beberapa tempat makan seafood yang boleh dikatakan famous sekitar Malaysia ni. Kalau orang sebut pasal makan seafood selalunya of course kita terbayang kawasan berdekatan dengan laut kan. Kalau makan seafood dekat dengan laut ni memang feeling dia best sikit la. Angin padu layan je kan. Nak pulak kalau seafood tu fresh, manis-manis seafood tu lagi la terasa sedap kan.

Dekat dalam Malaysia ni ada few seafood spot yang best. Jom tengok list ni.

1. Jeram Ikan Bakar

Terletak di Kuala Selangor, tak jauh la dari KL ni. Kalau orang KL nak makan seafood boleh la tuju ke sini. Saya belum pernah sampai sini lagi, haha so tak tau la nak komen ok ke tak. Tapi sini memang famous kan. Ramai yang kata seafood sini best and murah. Antara kedai yang terkenal ialah Aroma Ikan Bakar.

Image result for jeram ikan bakar

Image result for jeram ikan bakar

Image result for jeram ikan bakar

2. Umbai, Melaka

Dekat Melaka bukan je terkenal dengan asam pedas, tapi umbai ni adalah satu tempat makan seafood yang menjadi port pilihan orang ramai kalau datang ke Melaka ni. Saya pernah sekali ke sini. Ada banyak kedai korang boleh pilih. Memang ramai orang and meriah kat sini. Yang fames menjadi sebutan ramai kat sini Parameswara Ikan Bakar.

Image result for umbai ikan bakar


Image result for umbai ikan bakar

Image result for umbai ikan bakar

3. Pasar Filipina, KK

Sapa tak kenal pasar filipin dekat KK ni kan memang terkenal bukan aje dengan tempat makannya, tapi juga dengan tempat shopping macam2 korang boleh beli dekat sini. Seafood dia pulak beraneka jenis pilih la nak yang mana. Baik ikan, udang, ketam, lobster semuanya ada. Dah pilih seafood tu korang boleh order nasi putih kalau nak. Then buat la cili untuk cicah seafood ni ikut citarasa korang. Yang specialnya kat sini boleh makan seafood dengan anggur laut. Dia macam ulam. Tapi bukan ulam la. Anggur laut ni so far boleh jumpa dekat Sabah je la. Try la rasa best jugak.

Image result for pasar filipina kk

Image result for pasar filipina kk

Image result for anggur laut sabah pasar filipina
Ni la anggur laut tu

4. Senibong Seafood, Johor Bahru

Orang Johor kalau nak makan seafood ni la tempatnya, Senibong. Tepi laut and korang dah boleh nampak Singapura dah dari sini. Tapi pergi waktu malam tu nampak lampu meriah je la ye.

Image result for senibong seafood village

Image result for senibong seafood village

Image result for senibong seafood village

Image result for senibong seafood village

5. Tanjung Dawai, Kedah

Kat Kedah pun ada jugak yes kat Tanjung Dawai. Ada banyak pilihan kedai tepi2 jalan je. Boleh pilih seafood macam ikan, ketam, udang, lala, kerang, etc. Then suruh la dorang masak ikut citarasa korang. Nak masak ikan stim ke, sotong celup tepung ke apa-apa je la kan.

Image result for tanjung dawai seafood

Image result for tanjung dawai seafood

6. Topspot, Sarawak

Topspot seafood ni dekat area Kuching. Dia lebih kurang food court yang ada banyak pilihan seafood kat sini. Korang pusing and cari la mana yang berkenan. Pilih la seafood apa nak. Timbang, bayar then masak. 

Image result for topspot kuching seafood

Image result for topspot kuching seafood

Image result for topspot kuching seafood



7. Ikan Celup Tepung, KT

Kalau kat area Pantai Timur ni memang celup tepung sangat terkenal la. Kalau datang sini wajib try. Kat area Kuala Terengganu yang fames Warung Pok Nong. Tapi sepanjang tepi pantai area Pantai Teluk Ketapang pun banyak je kan. Semua kedai ada jual jenis celup tepung ni. Boleh la korang try.

Image result for celup tepung terengganu

Image result for celup tepung terengganu

Macam mana pulak dengan tempat korang? Kat mana port makan seafood yang best yang korang tau? Boleh la korang share jugak kot ada yang lagi best kan. Hihi.

-XoXo-

Resepi Cucur Jagung Simple Pasti Sedap

February 09, 2020 0 Comments
Hi guys.

Cucur jagung ni memang my favorite especially yg my mom buat. Setakat ni tak ada yang boleh challenge lagi rasa macam cucur jagung my mom. So ni kira resepi simple from her tapi ni version paling simple guna bahan basic je yang ada kat rumah. Kucai udang semua tak ada. Haha.



Bahan-bahan:
- Jagung (saya guna jagung segera frozen tu beli kat tesco)
- Tepung gandum
- Sedikit udang kering (ni kalau ada udang hidup lagi sedap la)
- Bawang besar (hiris nipis)
- Cili merah (hiris nipis)
- Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan-bahan tu dalam bekas. Tambah air sikit-sikit. Tengok dulu pekat adunan tu macam mana. Kang terlebih air tak jadi pulak.
2. Perasakan garam gula ikut citarasa korang.
3. Panaskan kuali, minyak penuh. Then boleh la jemput adunan cucur jagung tu untuk digoreng. Boleh pakai sudu atau tangan ikut la mana yang korang prefer.
4. Bila dah siap masak, boleh la angkat dan hidang.



Saya suka makan cucur jagung ni cicah sos cili je. Kena pulak dengan teh o panas. Makan time petang-petang or pagi, layannnnnn. Hihi. Selamat mencuba semua.

Sunday, 19 January 2020

Rumahku Syurgaku - Home Sweet Home

January 19, 2020 0 Comments
Alhamdulillah dah setahun duduk rumah sendiri. Masih tak banyak beza sangat cuma semakin melengkapkan apa yang kurang untuk rumah ni la kiranya.

Ruang tamu dah semakin lengkap

Dapur tak ada beza or penambahan, macam tu jugak. Hihi.


So far ok tak ada masalah apa-apa lagi kecuali sekali je la pengalaman buruk rumah cuba untuk dipecah masuk. Time kejadian tu kami keluar sebab weekend hari Ahad kan. Balik ke rumah sekitar pukul 3 petang camtu tengok pintu rumah yang gril terbukak. Terkejut jugak masa tengok tu terus terpikir eh husband tak tutup pintu ke tadi. Tapi saya sendiri tengok dia kunci. Dah sah la memang ada orang cuba pecah masuk.


Ni masa security guard datang nak check.

Pintu kayu alhamdulilah tak terbukak. Tapi kesan orang cuba nak pecahkan pintu kayu tu memang ketara. Sampai dah pecah sikit kat tepi-tepi tu. Alhamdulilah kiranya pintu kayu tu memang kuat betul sebab pencuri tu tak berjaya nak pecahkan. So dia tak boleh la masuk. Syukur ya Allah tak ada apa-apa yang hilang. Tak boleh bayang kalau dia berjaya masuk sebab saya simpan duit sekolah anak untuk registration dia kat dalam rumah. Dengan latop ada 2 lagi. Alhamdulilah masih rezeki kami semua tu.

Lepas kejadian pergi report management and polis. Haishh zaman sekarang ni duduk rumah kondo ada security guard pn boleh ada kes pecah masuk ni. Moral of the story berhati-hati je la kat mana pun kita berada kan.

Ok la berbalik kepada cerita pasal rumah ni, hari tu saya tukar bedsheet untuk katil in master bedroom. Beli kat ikea. Hihi. Pastu beli frame untuk lekat kat dinding. Gambar pulak saya pilih gambar from Google then pergi print je. Kos murah sikit la buat camtu. Ni la jadi hasilnya. Ok ke Ko? 😊

Tukar bedsheet je pun nak tunjuk jugak kannn, haha.



Frame murah beli dekat tesco je.