Follow Us

Sunday 3 May 2020

Resepi Daging Masak Hitam Sangat Simple

Hai guys, resepi saya nak share kali ni khas untuk peminat daging. Kalau sapa yang suka makan daging wajib try resepi ni k iaitu resepi daging masak hitam. Ada banyak version or cara nak masak daging masak hitam ni tapi yang saya nak share ni memang resepi yang paling simple tapi rasa dia cukup sedap. Jom tengok macam mana nak masak ni.



Bahan-bahan:

- Daging (rebus sampai empuk, hiris nipis-nipis)
- Bawang merah (hiris nipis) *lagi banyak bawang lagi sedap
- Serai (diketuk)
- Daun pandan sehelai (disimpul)
- Bunga lawang, bunga cengkih
- Cili boh
- Air asam jawa
- Kicap manis
- Garam/gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, dan tumis bawang merah yang di hiris sampai naik bau.
2. Masukkan daun pandan, serai, bunga lawang dan bunga cengkih.
3. Masukkan cili boh. Masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air asam jawa. Kacau sampai sebati.
5. Kemudian masukkan kicap manis. Agak la sampai kaler dia jadi gelap. Kacau sebati. Boleh perasakan dengan garam or gula ikut citarasa masing-masing.



Ha tu je cara nak masak. Mudah je kan. Memang sedap menu ni nak pulak makan dengan nasi panas. Time bulan ramadhan ni husband request menu ni untuk berbuka. Sesuai sangat layan time berbuka ni. Hihi. Selamat mencuba semua.


No comments:

Post a Comment