Follow Us

Monday 11 March 2019

Pengalaman Tertinggal Flight

Siapa pernah kena tinggal flight? Angkat tangan cepat. Saya pernah. Saya nak share sikit pengalaman saya sendiri terlepas flight. Aduhh sakitnya tu disini. Hihihi.




Sepatutnya pada 29 hingga 31 October 2018, plannya saya , suami dengan anak saya nak ke Siem Reap, Cambodia. Saya beli tiket together dengan hotel sekali dekat AirasiaGo. Time saya beli few months before tarikh tu, harga dia murah, sebab tengah promo. So total tiket saya dengan hotel tu 590 je. Hotel yang saya dah book tu nampaknya memang hotel yang cantik (4 start hotel).

Sepatutnya kami take off on Monday 29 October tu la. Nak dijadikan cerita masa hari Ahad tu, dah tengah malam dah pun, around pukul 10 macam tu, anak saya muntah. Tengah tidur pulak tu masalahnya. Then dia start muntah-muntah few times lepas terjaga tidur tu. Kami terus bawak dia ke klinik sebab takut jugak la memandangkan pagi2 esok dah nak ke airport kan. Doktor kata he's fine, maybe salah makan. Saya sempat jugak tanya doctor tu anak saya ni fit ke untuk fly esoknya. Doktor tu siap cakap takde masalah pun. Just bagi dia makan ubat je.

Dah balik dari klinik tu around pukul 12.30 malam macam tu, anak saya dah start cirit pulak dah. Memang banyak kali dia cirit sampai dia tak boleh tidur. Muntah plus cirit bayangkan la memang letih sebab air dah keluar banyak kan. Sampai pukul 2 lebih macam tu baru dia boleh tidur kejap. Agaknya ubat tu dah kick sikit kan.

Time tu saya pun dah berat hati jugak dah nak travel ni ha mengenangkan anak tak sihat. Saya dengan husband pun sempat la melelapkan mata time anak dah tidur tu. Dalam pukul 5 pagi macam tu kami bertolak ke airport. Anak nampak ok aktif bangun tidur. Dia pun bersemangat nak fly jugak. So saya macam lega sikit la ingat time tu ok kot kalau nak travel.

Tapiiii bila dah sampai airport lain pulak ceritanya. Lepas dah check in kami terus masuk ke tempat menuggu tu siap-siap. Anak saya dah start semula cirit. Muntah dah kurang dah, cuma sekali tu je dia muntah angin. Tapi cirit masih lagi jadi. Saya masa tu memang dah risau dah. Husband pun macam dah 50-50, nak pergi ke memang nak cancel je terus trip ni. So dah jadi camtu, saya decide bawak anak ke klinik yang ada kat KLIA 2 tu. Keluar la balik kami ni bawak semua beg pergi kat klinik tu. Sekali lagi doctor tu pun cakap anak saya salah makan je takde apa-apa yang merisaukan so takde masalah apa nak fly. Asalkan terus bagi dia ubat je, minum air masak banyak-banyak untuk ganti balik air yang dah hilang tu, dengan air garam oren tu.

Saya pun bincang balik dengan husband, macam mana nak proceed ke dengan plan ni since doctor cakap ok je kan. So kami pun decide untuk proceed. Time tu lebih kurang 20 minit lagi before boarding time kami. Apa lagi berlari jugak la kami nak masuk semula ke tempat menunggu tu. Alhamdulilah selamat sampai balik kat gate tu ha. Then disebabkan masih ada masa, saya decide nak tukar siap2 pampers anak saya, and isi air bagi dia makan ubat semua dulu. Kami kat dalam baby changing room time tu. Dekat je dah dengan gate untuk boarding. Saya pikir nanti kalau dorang panggil buat announcement pun confirm dengar kan. Since belum ada panggil so saya pikir masih sempat la. Lepas settle semua urusan anak dah makan ubat semua siap, bergegas la semula kami menapak ke gate yang cuma selang beberapa pintu tu je.

Guess what? Sampai-sampai je kami kat situ dah tulis GATE CLOSED. Aduhhhh kenapa awal benor gatenya closed. Kenapa takde dengar announcement plak tu. Flight time sepatutnya is 6.10 pagi. So boarding around 5.40 macam tu kan. Kami sampai kat depan gate tu memang ngam2 5.35 pagi. Masih ada time sepatutnya. Yang saya pelik tu tak kan la semua orang dah masuk kan. Sebab sepanjang pengalaman kami naik flight ni selalunya mesti ada je yang lambat. Nak naik flight pun kena beratur take time jugak tu. Itu yang saya pelik sangat tu sebab dah takde orang langsung kat situ. Petugas pun takde kat situ. Saya terpikir jugak maybe dorang tukar gate ke apa. Tapi memang tak tukar betul dah ktorang check kat board pun gate yang sama jugak.

Haa tu memang betul la tu orang kata memang takde rezeki nak pergi kan. Buat macam mana pun tak dapat jugak la pergi. So kami pun keluar la balik dari situ and patah balik semula. Pergi ke kaunter customer service Airasia macam special kaunter la kat situ. Kalau urusan tertinggal flight boleh report kat situ. Staff kat situ bagus servisnya. Tolong kami check apa option yang ada. Kalau nak beli another flight boleh naik next time punya which is pukul 2. Tapi mahal ya rabbi la dah nama pun beli on the spot kan. Memang tak la jawabnya kan. Then dia tolong check gate tadi tu tutup pukul berapa. Masalahnya dia tanya staf tu sendiri and staf tu memang cakap tutup gate tepat 5.45. Eh 5.35 ktorang kat situ semua dah clear dah ha. Gate yang sama jugak tu. Saya siap suruh dia view CCTV lagi untuk confirmation. Tapi biasa la jawapan standard SOP dorang kan. Kena buat report dulu bla bla bla, so kekdahnya nak kena berlama-lama jumpa orang itu orang ini, ahh tak kuasa laa. Dah memang terlepas dah pun. Kalau kita fight pun bukan boleh lawan pun, ada je la rules and regulations apa lagi nanti keluar kan. Hahaha.

Frust la si kecik tu dah bersemangat nak naik kapal terbang pastu tak jadi pulak. Kesian dia. So patah balik semula ke rumah la kami, apa lagi kan. Itu la kisahnya pengalaman kami terlepas flight. Fuhh melayang duit. Hihi.


Apa pengalaman korang plak? Cer share jugak. At least saya tak keseorangan kan. Hihihi.

3 comments:

  1. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN..SAYA SEKELUARGA PERNAH JUGA TERTINGGAL FLIGHT, SO KAMI CHILL AND SAYA TERUS GOOGLE APA YANG PERLU DIBUAT....LEPAS DAPAT SEDIKIT INFO, SAYA TERUS BUAT ONLINE REPORT PADA AIRASIA DAN TOLONG SIMPAN PROVE REPORT INI UNTUK CLAIM AIRPORT TAX DAN TRAVEL INSURANCE, LEPAS TU SAYA CONTACT PERSON IN CHARGE AIRASIA UTK CLAIM AIRPORT TAX DAN KESOKKAN HARINYA AIRASIA TERUS BANK IN KE DALAM AKAUN SAYA . SELEPAS ITU SAYA PROCEED PULA CLAIM DENGAN TRAVEL INSURANCE, KITA KENE SUBMIT BEBERAPA DOCUMENTS TERMASUK, ITENARY, BOARDING PASS, MISSED FLIGHT REPORT , BANK ACCOUNT NUMBER....DAN ALHAMDULILLAH DALAM MASA SEMINGGU SAYA TELAH DAPAT CLAIM TRAVEL INSURANCE (AMOUNT BERGANTUNG JENIS PAKEJ APA YANG AWAK BELI).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian cerita ni..sangat2 informative..saya pun xtau boleh claim semula airport tax and travel insuran tu..next time dah tau..haha tp harap xda terlepas flight dh la kann..hihi

      Delete
  2. Btoll..harap2 janganla tertinggal lagi flight lepas ni. Terima kasih juga utk puan

    ReplyDelete