Follow Us

Wednesday 13 March 2019

Resepi Telur Goreng Berlada

Hi semua. Pernah tak korang buntu tak tau nak masak apa dah kat rumah. Haa tu selalu jadi kalau kita dah selalu sangat masak kan. Kadang-kadang boleh jadi takda idea nak masak lagi dah. Benda ni selalu jugak jadi kat saya. Selalunya kalau saya dah buntu tu, saya masak benda senang je contohnya telur. Selain dari sedap dan sihat, resepi telur ni semua mudah-mudah je kan. Nak buat pun senang je. Kalau setakat goreng tambah bawang dengan kicap pun dah umphh dah. Makan pulak dengan nasi panas-panas, apa lagi, tak toleh kiri kanan dah kan.



Saya nak share satu resepi mudah sangat nak masak dengan telur ni. Mulanya tengok resepi ni dekat IG wanakamal_79. Saya memang suka tengok ig kak wana ni. Dia memang pandai masak. Semua nampak sedap-sedap. Dia masak telur masak sambal hijau. Tapi yang saya nak share ni jadi sambal campur-campur hijau dan merah, sebab takde cili hijau besar kt rumah. Haha. Boleh la kan yang penting pedas tu ada.

Jom tengok resepi ni.

Bahan-bahan:

- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- Cili merah dengan cili padi (ikut tahap pedas korang)
**Semua bahan ni tumbuk halus.
- 3 biji telur

Caranya:

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai garing dan naik bau.


2. Pecahkan telur sebijik-sebijik dalam kuali. Biar dulu telur keras sikit, kemudian kacau sebatikan dengan sambal.


3. Perasakan la secukup rasa dengan garam. Kalau suka gula, boleh letak gula ikut selera.



Mudah je kan resepi ni. Boleh try kalau korang nak masak something yang simple tapi sedap.


Menu saya malam ni dipadankan dengan ayam goreng kunyit. Cukup makan bertiga. Settle kerja mommy masak. Hihi.

No comments:

Post a Comment