Follow Us

Friday 27 March 2020

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api - Gerenti Sedap

Salam semua.

Today saya nak share resepi simple je mudah nak masak, tak perlu bahan banyak pun - ayam masak lemak cili api. Sempena dengan Restriction Movement Order (RMO) ni, memang dok rumah je so saya pilih masak yang simple-simple mudah dan cepat.

Ayam masak lemak ni ada macam-macam version jugak ikut orang kan. Tapi apa yang saya tau, kalau original resepi masak lemak cili api Negeri Sembilan style, dia tak ada tumis, just leburkan semua sekali bahan-bahan kan. Tapi yang saya buat ni style sendiri ikut mana yang mudah. Hihi. Jom tengok bahan.



Bahan-bahan:

- Ayam (potong kecik ikut suka part mana korang nak-dibersihkan)
- Santan
- Garam secukup rasa
- Serai (1 batang-diketuk)
- 1 biji kentang (potong kecik)

Bahan tumbuk halus (blend pun boleh):

* 7-8 biji cili padi
* 1 biji cili merah besar
* 1 biji bawang merah (saiz sederhana besar)

Saya campurkan cili merah dengan cili padi sebab tak nak pedas sangat. Tapi kalau korang suka pedas tambah la cili padi tu. Kalau korang tak suka tumbuk, blend je lagi mudah.

Cara-cara:
1. Panaskan kuali, masukkan ayam yang dah dibersihkan tadi. Masak ayam dulu sampai ayam sedikit kecut and air ayam dah keluar. Ayam tu lumur sikit dengan garam kunyit supaya ayam kita masak nanti tak pucat sangat.
2. Bila ayam dah kecut sikit, masukkan bahan tumbuk, serai dan kentang. Gaul sebati. Masak dulu sampai semua bahan sebati dengan ayam.
3. Bila dah bahan bergaul semua, baru la masukkan santan. Time ni masukkan lagi sikit serbuk kunyit dalam satu sudu kecil untuk jadikan kuah kaler kuning. Saya guna serbuk kunyit sebab tak ada kunyit hidup, so boleh ganti serbuk kunyit je.
4. Biar je ayam masak dan kentang empuk. Tapi kena selalu kacau kuah santan ni supaya rupa dia elok je nanti kuahnya.Tambahkan la perasa garam secukup rasa.
5. Bila kentang dah empuk elok, ayam pun dah masak sempurna, boleh la tutup api dan hidang. Maka siap la menu ayam masak lemak cili api.

Mudah je kan. Insyaallah menjadi. Selamat mencuba semua.





No comments:

Post a Comment