Follow Us

Sunday 9 February 2020

Resepi Cucur Jagung Simple Pasti Sedap

Hi guys.

Cucur jagung ni memang my favorite especially yg my mom buat. Setakat ni tak ada yang boleh challenge lagi rasa macam cucur jagung my mom. So ni kira resepi simple from her tapi ni version paling simple guna bahan basic je yang ada kat rumah. Kucai udang semua tak ada. Haha.



Bahan-bahan:
- Jagung (saya guna jagung segera frozen tu beli kat tesco)
- Tepung gandum
- Sedikit udang kering (ni kalau ada udang hidup lagi sedap la)
- Bawang besar (hiris nipis)
- Cili merah (hiris nipis)
- Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan-bahan tu dalam bekas. Tambah air sikit-sikit. Tengok dulu pekat adunan tu macam mana. Kang terlebih air tak jadi pulak.
2. Perasakan garam gula ikut citarasa korang.
3. Panaskan kuali, minyak penuh. Then boleh la jemput adunan cucur jagung tu untuk digoreng. Boleh pakai sudu atau tangan ikut la mana yang korang prefer.
4. Bila dah siap masak, boleh la angkat dan hidang.



Saya suka makan cucur jagung ni cicah sos cili je. Kena pulak dengan teh o panas. Makan time petang-petang or pagi, layannnnnn. Hihi. Selamat mencuba semua.

No comments:

Post a Comment