Kali ni saya nak cerita pengalaman bercuti ke Amsterdam. Pada cuti easter break yang lepas, saya and husband sempat la melawat Amsterdam. Kami book flight easyjet return tiket from Edinburgh total 105 pound. Murah kan. Kitorang pegi 4 hari je 3 malam. Hari pertama kami just leisure around the town. Hotel kami stay namanya Singel Hotel. Book di Booking.com. Harga murah, location superb. Recommended.
Rupa macam buruk tapi bilik dia sangat selesa. Berpatutan dengan harga.
Macam ni la rupa dalam bilik tu.
Hari kedua kami join countryside tour Amsterdam. Kami beli one day countryside tour kat Viator.com. Tempat yang kami pergi termasuk Zaanse Schans Windmills Village, Volendam and Marken. Zaanse Schans ni tempat windmill. Tak sah kalau datang Amsterdam tak melawat mercu tanda Amsterdam ni kan. Besar-besar kincir angin kat sini.
Tempat kedua plak kami dibawa melawat ke perkampungan nelayan yang terkenal iaitu Volendam and Marken. Kat sini kami tengok demo buat cheese secara tradisional. Kepada peminat cheese boleh la borong cheese kat sini. Murah dan banyak sangat pilihan.
Kami diberi masa lebih kurang sejam untuk makan tengahari kat sini. Jangan lupa try seafood kat sini sebab sangat fresh dan murah. Nama pun fishing village kan. Hihi.
Ni antara fresh seafood yang dijual kat sini. |
Then kami dibawa pula menaiki bot untuk ke Marken. Kat Marken ni kami dibawa melawat tempat buat kasut terompah kayu yang fames kat Amsterdam ni.
Keseluruhannya trip ni memang sangat berbaloi. Best sangat dapat tengok countryside of Amsterdam ni. Memang cantik pemandangan2 sepanjang trip kali ni.
p/s:kalau nak baca part 2 klik sini yek.
hi nk tnye..untuk pakej tuh whole day ke?
ReplyDeleteHi..pakej tu half day je..klu yg full day pn ada..blh tgk mana yg sesuai dgn kita 😁
Delete