List 7 wonders of the world ni berubah2 mengikut peredaran zaman. Logiknya kalau ada tugu atau monumen yang baru dibuat yang lebih menepati ciri2 keajaiban dunia ni, so list dia akan bertukar.
Jom saya senaraikan 7 keajaiban dunia ni masa zaman saya kecik2 dulu, yela selalu dok hafal kan. Hihi.
1. The Great Wall of China (Tembok Besar China)
Obvious sangat yang ni dekat China. Tempat ni memang famous dan tempat tumpuan pelancong. Pada asalanya dulu dibina sebagai benteng atau tembok untuk melindungi China dari serangan musuh. Panjang tembok besar China ni lebih kurang 8000km.
2. Taj Mahal
Terletak di negara India iaitu di wilayah Agra. Sapa2 yang melancong ke India memang tak kan lepaskan peluang melawat tempat menarik ni. Apa yang menarik dengan Taj Mahal ni ialah kisah di sebalik pembinaan bangunan yang penuh keunikan seni bina yang sangat halus, iaitu kisah cinta antara Shah Jahan an Mumtaz Mahal. Sejarah mengatakan Shah Jahan membina Taj Mahal untuk isterinya Mumtaz Mahal sebagai tanda cinta yang teramat dalam untuk isteri.
3. Colosseum
Salah sebuah monumen bersejarah yang terletak di Rome, Italy. Bangunan ni lebih kurang bentuk bulat dan dulu digunakan sebagai tempat pertunjukan.
4. Menara Condong Pisa
Lagi satu keajaiban dunia yang terletak di negara Italy (Florence). Bangunan ni unik sebab bentuk dia condong. Tapi walaupun condong, dia masih lagi kukuh sampai ke hari ni. Total semuanya 8 tingkat. Tempat ni pun salah satu destinasi pilihan pelancong kalau ke Italy.
5. Pyramid Giza
Satu ketika dulu, di zaman2 sebelum masihi, great pyramid ni ialah satu bangunan ataupun monumen buatan manusia yang tertinggi di dunia. Sejarah pembinaan pyramid ni sampai la sekarang masih lagi menjadi misteri macam mana monumen ni dibuat pada zaman dahulu kala.
6. Taman Tergantung Babylon
Saya kongsi info yang saya baca dari blog NikShahada (https://nikshahada001934.blogspot.my/2011/09/taman-tergantung-babylon.html) kisah di sebalik taman tergantung Babylon ni berasal dari kisah cinta si pembuat (Raja Nebuchadnezzar II) terhadap isteri dia. Keluasan taman ni dianggarkan 400 kaki lebar, 400 kaki panjang dan 80 kaki tinggi. Namun sampa hari ni masih lagi menjadi tanda tanya kewujudan sebenar taman ni.
7. Stonehenge
Uniknya Stonehenge ni berbentuk batu2 besar yang sampai sekarang macam mana pembuatan dia dulu masih lagi menjadi misteri. Terletak di England, UK, kalau tengok bentuk dia memang unik. Macam mana batu besar2 dan berat macam tu di angkat letak ke atas batu lain.
In the year 2017 when they started to vote again for the new 7 wonders of the world, they come out with the new list. So meh saya share list baru yang di umumkan oleh CN Traveller (info: http://www.cntraveller.com/gallery/seven-wonders-of-the-world).
1. The Sagrada Familia (Spain)
2. The Great Wildebeest Migration (Kenya & Tanzania)
3. Aurora Borealis (Arctic Circle)
4. Large Hadron Collider (Switzerland)
5. The Amazon Rainforest (South America)
6. Bristlecone Pines (USA)
7. Rio de Janeiro Carnival (Brazil)
Sekian la cerita pasal 7 wonders of the world.
Thank you for reading :)
No comments:
Post a Comment