Follow Us

Wednesday, 22 August 2018

Projek Deco Rumah - Idea Dekorasi Rumah Kondo

Orang perempuan ni pastinya teringin nak ada rumah sendiri boleh hias menarik kan. Sama jugak la macam saya. Zaman sekarang ni nak beli rumah tak mudah bukan sebab proses ke apa tapi sebab harga hartanah yang kadang-kadang tak masuk akal langsung. Terutamanya kat sekitar Kuala Lumpur.



Macam saya dah memang berkerja kat KL ni beli rumah memang untuk duduk sendiri so takde choice kena la beli kat KL jugak. Kalau nak tau proses beli rumah pertama boleh refer dekat post saya kat sini. Saya ada cerita step untuk beli rumah mengikut pengalaman saya sendiri.



Ok la so berbalik kepada cerita saya tadi mengenai hias rumah. Impian saya nak ada rumah yang sejuk mata memandang. Tak perlu mewah pun takpe asalkan selesa. Konsep deco saya untuk rumah saya ni mudah sangat iaitu minimalis. Sebab saya pentingkan keselesaan. Maklum la saya ada anak yang masih kecil kan. Bukan pandai duduk diam pun. Jadi konsep yang sederhana je yang penting selesa dan sedap mata memandang. Mata saya la ye. Hihihi. Bukan apa setiap orang lain tastenyakan. Cantik pada mata saya belum tentu lagi cantik kat mata korang.



Saya share sikit gambar kitchen area saya. Memang angan2 saya la nak ada dapur dengan kitchen bar ni. Bukan apa dulu masa rumah sewa kat Edinburgh dulu dapur ada kitchen bar. So time tu dah berkenan and dok berangan if one day ada rumah sendiri nak buat macam ni.

Kitchen bar

Ruang penuh dapur


Tingkap dapur saya tutup dengan bidai beli from Home Pro 

Dining area saya tak besar memang muat2 la untuk meja makan 6 kerusi ni. Tips nak rumah nampak besar yang saya baca dari online letakkam cermin besar. Penggunaan cermin ni macam bagi ilusi ruang besar. Sesuai untuk rumah kecil macam rumah saya ni.



Rumah ni semuanya ada 3 bilik. Untuk bilik saya sendiri saya belum siap deco insyaallah nanti saya kongsi bila dah siap. Tengah mencari idea lagi. Hihi. Untuk bilik kedua temanya warna putih. Bilik ketiga pulak saya jadikan bilik mainan untuk anak saya main. Jadi saya gunakan 2 rak besar untuk letak mainan anak saya.

Bilik kedua

Untuk ruang tamu pulak, saya decide untuk letak wallpaper dekat feature wall. So saya dengan husband diy je beli wallpaper dekat Kaison. Kitorang pasang sendiri. Wall saya ni kena guna 2 roll. Satu roll harga 36 ringgit. Wallpaper ni bukan yang jenis sticker. So kena beli gam dia and sapu sendiri.

Ni la rupa dia bila dah siap pasang. Nak kata kemas sangat tu takla tapi boleh la ni kan :)

Ruang tamu 

Saya beli kabinet tv macam ni mudah sebab wayar2 semua boleh letak belakang. So takda la nampak serabut kan. Tv pun boleh gantung kat wall tu. Cuma ni saya belum sempat gantung lagi belum beli tv bracket.


Sebenarnya kalau kita nak deco rumah sendiri ni kita kena rajin survey online ataupun majalah2 deco macam impiana tu. Kalau orang yang bajet besar boleh upah interior designer untuk design and deco rumah korang, jadinya hasilnya nanti confirm superbb la kan. Tapi bajet rendah macam saya ni kena la buat sendiri. So usha je la kat online cari contoh2 deco yang ada tu. Kita boleh dapat ilham jugak kan.

No comments:

Post a Comment