Follow Us

Sunday, 12 August 2018

Jalan-jalan Cameron Highland

Lama sangat dah saya plan nk pergi Cameron Highland ni tapi selalu je tak jadi and tertangguh. Last pergi masa saya kecik time tu sekolah rendah lagi la kiranya. Memang lama gila. So hari tu masa cuti panjang sempena mengundi tu, sempat la saya dan family naik ke Cameron. Semalam je pun. Tapi ok la setakat nak berehat.


Gambar from Booking.com


Trip kali ni kami stay kt hotel Nova Highland Resort and Residence. Kami ambil yang apartment 3 bilik tidur. Puas hati sangat selesa dan cantik. Harga pun boleh tahan murah. Yang bestnya lokasi dia agak strategik juga dekat dengan pasar malam, ladang strawbery, ada taman rama2 and dekat dengan ladang teh boh Sungai Palas. Makan pun banyak kat sekitar sini, so tak perlu nak jalan jauh sangat untuk cari makan.


Dekat butterfly farm ada tempat kaktus




Butterfy farm



Hari pertama kami singgah kat tempat coklat yang ada taman mini cantik. Ok serius saya lupa apa nama dia. Hahah ampun. Tapi tempat dia cantik banyak port bergambar. Lepas ke sini kami terus ke pergi check in. Rehat-rehat sekejap then malam pergi cari makanan kat pasar dia. Kat sini ada macam2 benda termasuk la makanan dan sayur-sayuran. Tengok sayur-sayur kat sini serius geram sebab gemuk2 dan fresh. Seronok kalau dok sini boleh beli sayur fresh. Saya beli bunga fresh, sayur dengan teh macam2 perisa.


The next day punya misi pergi ladang teh boh sungai palas. Simpang nak naik ke atas tu mmg betul2 depan hotel kami stay. Rupanya jalan dia memang sempit. Kalau selisih kereta kena berhati2 betul. Orang sangat la ramai. Misi saya nak makan scone kat cafe kat sini dengan husband tak kesampaian. Sebab kami malas nak menunggu orang ramai sangat. So buat apa lagi ambik gambar je la. View kat sini memang cantik sangat.





Before balik pulak kami singgah kat Lavender Park. Memang saya suka tempat ni cantik sangat. Bunga2 colourful macam2 jenis ada. Nak amik gambar memang cantik kat sini. Tapi kena bayar tiket nak masuk sini. Dah lupa la berapa ringgit. Bagi saya yang belum pernah masuk ke sini ok la berbaloi jugak masuk sekali nk ambik gambar kenangan dengan family.









Kiranya highlight trip kali ni boleh la dikatakan lavender park dengan ladang teh. Sekian saja update saya kali ni.

Thank you for reading.

No comments:

Post a Comment