Salam semua pembaca. Memang lama sikit tak update blog sebab saya busy sangat2 dalam proses beli rumah. Akhirnya selesai jugak segalanya. Sekarang dah pun ada kat rumah baru. Bukan baru sangat la cuma saya yang baru duduk rumah ni kira rumah baru la kan. Ni kira first time update blog from rumah baru. Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah. Segala puji bagi Allah.
Dengan sedikit pengalaman yang saya ada ni, saya nak share dengan semua pembaca proses beli rumah ni. Ini kiranya dari pengalaman saya sendiri la. Mungkin lain sikit pengalaman dari orang lain kan. Tapi yang baik boleh amik sebagai pengetahuan untuk diri sendiri la kan.
So first sekali nak bagitahu yang saya beli rumah subsale. Bukan rumah baru dari tangan developer. Kiranya saya deal dengan agent dan owner rumah sendiri. Pertama sekali nak beli rumah ni kena ada duit cash ye kawan2. Untuk duit deposit (mostly 10% from property price), dan duit untuk guaman (legal fees-normally around 3%). Boleh rujuk dengan bank dahulu untuk tahu berapa kos rumah yang korang boleh beli dengan gaji korang. Nanti bank boleh kirakan segala komitmen korang. Then bank akan bagitau korang anggaran harga rumah yang korang boleh beli dengan gaji korang.
Apa langkah pertama untuk beli rumah? Jawapan dia, harus laa ada rumah yang korang dah berkenan. Haa kan. Kalau takde rumah camne nak beli ye dok. Jangan risau rumah berlambak2 kat pasaran sekarang. Tinggal nak pilih je. Ikut suka korang nak beli rumah baru from developer or rumah subsale. Rumah baru kebanyakkan sekarang ni legal fees ditanggung oleh developer, so korang dah jimat dah kat situ. Tapi korang harus la selidik dulu risiko2 jika beli rumah under construction ni. Ada la pro n cons dia kan. Ok so berbalik kepada rumah idaman korang, kalau dah jumpa yang korang berkenan, korang kena la bayar booking fees dulu around 3%. Once bayar agent akan lock la rumah tu untuk ke proses seterusnya. Lepas bayar booking fees ni agent akan prepare letter offer untuk beli rumah tersebut. Harus la korang ingat selalunya dalam masa 21 hari dari tarikh korang sign ni, korang kena berusaha untuk dapatkan loan. Make sure dalam letter offer ni agent ada mention yang duit booking korang akan dipulangkan sekiranya bank reject loan korang k.
Step seterusnya lepas bayar booking fees ialah apply loan sampai lulus. Saya apply sendiri from 3 buah bank (RHB, Maybank and CIMB Bank). Kalau korang malas korang boleh suruh agent tu yang uruskan untuk korang, korang cuma perlu bagi dokumen je and tunggu la jawapan dari pihak bank. Tapi saya buat sendiri je semua, tak susah pun. Prepare je document apa yang diperlukan, buat la salinan untuk semua bank yang korang nak apply. Document yang bank perlukan seperti berikut:
- Slip gaji 6 bulan
- Bank statement 6 bulan (akaun yang gaji masuk)
- EPF statement
- Surat pengesahan majikan
- EA form
- S&P rumah (yang lama owner punya time dia beli rumah)
- Strata document (jika berkenaan)
Bila dah siap semua document ni, korang pegi bank bagi je kat bank cakap nak apply loan rumah. Nanti isi je borang, dah siap. Bank nanti akan buat valuation untuk tahu harga market rumah yang korang nak beli tu. And bank akan bagitau berapa loan korang boleh dapat. Most of the time bank akan bagi loan 90% je. So another 10% tu la korang kena bayar cash. Bila nak bayar? Bila loan dah lulus.
Penting untuk korang cari lawyer yang berpengalaman uruskan pasal pembelian rumah ni. Sebab apa kalau korang cari lawyer yang tak efficient, jawabnya makin lambat laa urusan korang nanti. Kalau boleh ambik lawyer yang ada recommendation yang bagus. So kalau loan korang dah lulus, lawyer ni la yang akan tolong buatkan korang punya sale and purchase agreement (S&P). Nanti lawyer akan bagi korang invoice charges law fees yang dorang kenakan. Korang kena settlekan la fees lawyer ni, baru la dia akan buat S&P untuk korang. Then nanti once S&P dah siap, korang kena la transfer 10% duit deposit rumah sekali. Nanti lawyer akan inform la macam mana nak transfer semua tu. Once dah bayar, korang akan sign S&P together with owner rumah yang korang nak beli tu. Loan bank pun akan ada agreement jugak. Yang tu nanti bank akan bagi korang sign. Tak perlu pening pikir pasal bank punya charges sebab dia akan masuk dalam loan korang nanti (valuation fees and legal fees).
Dah siap bayar deposit, sign S&P, kiranya dah habis la part yang korang kena buat. From that date, lawyer korang yang akan uruskan semuanya. Kalau rumah leasehold, owner kena dapatkan consent letter. Yang tu akan diuruskan oleh lawyer dan owner rumah tu. So korang tunggu je la segalanya settle. Nanti lawyer korang akan update bila masa yang korang kena pergi ke pejabat tanah untuk proses tukar nama. Dah siap tukar nama semua, lawyer korang akan dapatkan kunci rumah and dia akan bagi kat korang. Maka rasmi la korang sebagai owner rumah tersebut. Overall proses lebih kurang 6 bulan ye.
Haa ini la sedikit pengalam saya beli rumah pertama rumah subsale. Semoga sedikit sebanyak dapat bantu korang semua yang tengah pening nak beli rumah pertama tu. Amin.
Wednesday, 1 August 2018
Pengalaman beli rumah pertama
by
Mommy Wiwin
on
August 01, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment