Salam semua pembaca. Hari ni saya nak share satu resepi mudah dan simple je. Siapa nak diet boleh makan macam ni yang pasti kenyang. Sup saya buat ni mudah sangat nak masak pun sekejap je tak perlu berlama-lama kat dapur.
Jom tengok resepi ni.
Bahan-bahan:
- Fish ball (ikut suka banyak mana-saya potong dua)
- Ubi kentang (potong kecil)
- Carrot (hiris nipis)
- Tomato ceri
- 2 ulas bawang merah (hiris nipis)
- 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
- Sedikit daun bawang/daun ketumbar
- 1 kiub pati ayam
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Bila dah wangi, masukkan fish ball. Goreng seketika.
3. Masukkan ubi kentang. Kemudian tambah air untuk sup.
4. Masukkan kiub pati ayam. Biar sehingga kuah mendidih.
5. Bila kuah dah mendidih, masukkan carrot dan tomato ceri.
6. Masak sehingga ubi kentang empuk. Taburkan daun sup atau daun ketumbar untuk hiasan.
Saya dah tak letak garam sebabnya kiub pati ayam tu dah bagi cukup rasa untuk sup.
Selamat mencuba semua.
Thursday, 19 July 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment