Follow Us

Tuesday, 29 January 2019

Pengalaman ke Muzium Negara, Kuala Lumpur

Salam semua pembaca.

Weekend yang lepas, saya ajak husband ke Muzium Negara, KL. Ok la jujur saya cakap, dah tua-tua ni baru pertama kali je saya sampai ke Muzium Negara kita. Amboi kalau travel luar negara tu sibuk je melawat muzium negara orang kan. Tapi tempat sendiri tak pernah pulak pergi. Ok malu jap. So saya pun ajak husband jalan-jalan kat sini. Ok la orang putih kata better late than never kan. Kahkah.

Mommy selfie dgn budak kecik ni



So korang confirm tau la Muzium Negara ni location dia dekat sangat dah dengan KL Sentral. Kat belakang tu je ha. Kalau korang semua tak nak drive, boleh naik public transport, MRT datang sini turun kat stesyen Muzium Negara. Keluar dari stesyen tu terus direct access ke muzium punya pintu masuk. Mudah sangat-sangat. Tapi kalau korang drive, bayaran parking kat sini 6 ringgit and parking mesti guna TouchNGo sahaja.

Tiket masuk ke sini murah je cuma 2 ringgit untuk warganegara Malaysia. Saya beli kombo tiket, tiket muzium sekali dengan muzium orang asli, so kalau kombo tiket ni harga dia 4 ringgit sorang untuk dewasa. Untuk budak-budak bawah 12 tahun free je. Sangat la murah harga tiket tu, so boleh sangat la kalau nak melawat tu kan.




Sapa tau nama permainan tradisional ni?

Ni semua acuan untuk buat kuih tradisional macam bahulu, kuih kacang, etc.

Sapa tak tau ni main apa hmmm tak tau la nak cakap, haha






Muzium orang asli kat bawah sikit sebelah kiri korang. Yang bangunan main muzium tu sebelah kanan. Nak masuk korang kena pusing ke belakang masuk dari belakang. Kat dalam main muzium ni terbahagi kepada 4 sections ataupun di panggil 4 galeri. Galeri A-Sejarah Awal, Galeri B-Kerajaan-kerajaan Melayu, Galeri C-Era Kolonial, Galeri D-Malaysia Kini.





Contoh singgahsana Kesultanan Perak


Al-Quran tulisan tangan

Peristiwa pengislaman Sultan Melaka

Bunga Emas yang dihantar ke Raja Siam





Seronok jugak jalan-jalan sini mengimbau kembali zaman belajar sejarah dulu. Mengenal kaum masyarakat yang dahulu, era kemerdekaan sampai la sekarang. Ammar boring lagi la sebab dia tak paham lagi semua ni. Nanti besar dah sekolah boleh datang melawat lagi.





Mommy, daddy and Ammar



Sekian sahaja coretan saya. Thank you for reading.

No comments:

Post a Comment