Follow Us

Wednesday 10 July 2019

Top 5 Kuih Raya Tradisional

Zaman era moden ni, kuih raya moden pun dah tumbuh seperti cendawan selepas hujan kan. Macam-macam jenis kuih ada. Sedap-sedap belaka kan. Dalam sibuk beraya dengan segala jenis kuih moden, kuih raya tradisional jangan dilupa. Kalau tak ada yang dulu, tak ada la yang sekarang. Betul tak semua?
Entry kali ni saja saya nak share jenis-jenis kuih raya tradisional yang masih jugak menjadi pilihan zaman sekarang ni. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Gittew. Jom tengok.

1. Kuih Makmur



Bukan setakat orang tua suka, orang yang muda pun suka jugak. Kuih makmur ni gebu di luar, sedap dan manis di dalam. Inti kacang yang sweet ditambah dengan rasa susu yang gebu. Memang best sangat kan.

2. Kuih Putu Kacang



Kuih tradisional ni simple je cuma perlukan kacang hijau dengan gula halus je untuk adunan dia. Tapi yang leceh sikit proses nak buat kuih ni la. Sebab nak ketuk daripada acuan kayu tu. Salah ketuk memang tak jadi. Hancur jadinya. Hihi.

3. Kuih Loyang



Ada jugak yang panggil kuih loyang ni sebagai kuih ros. Tempat korang panggil apa? Kuih ni rangup kalau makan sambil tengok tv tu confirm layan je kan. Tau-tau dah separuh balang habis. 

4. Kuih Agar-agar Kering



Cara nak buat kuih ni sama je macam nak buat agar-agar tu. Proses yang sama. Cumanya bila dah sejuk, potong kecik-kecik then jemur kat matahari sampai dia kering, jadi la agar-agar kering. Selalu orang buat kuih ni macam-macam colour nampak menarik sangat kan.

5. Kuih Bangkit



Kuih ni nampak rangup di luar tapi once korang makan, dia macam melt in the mouth gittew. Ada version yang rangup ada version yang gebu. Kalau favorite saya semestinya yang rangup la. Bila makan asyik sikit. Hihi.

No comments:

Post a Comment