Follow Us

Friday 12 July 2019

Jalan-jalan ke Can Tho, Vietnam

Hi guys, entry kali ni saya nak share pengalaman saya jalan-jalan ke Can Tho, Vietnam. Haaa pernah dengar tak Can Tho city ni? Selalunya kalau sebut Vietnam korang mesti terbayang Ho Chi Minh ataupun Hanoi kan. Kalau dua tempat ni kat Vietnam memang tak perlu diperkenalkan lagi la sebab memang dah ramai dengan pelancong dari Malaysia. Kalau ke Ho Chi Minh tu peniaga kat sana kebanyakkan siap boleh cakap melayu lagi kan. Tapi Can Tho ni kurang famous la nak dibandingkan dengan 2 tempat ni kan. So Can Tho ni kat mana guys? Haaa dia dekat je dengan Ho Chi Minh lebih kurang 170km dari Ho Chi Minh. Cuba tengok peta dia. 

Vietnam map. Can Tho tak jauh dari Ho Chi Minh.
Waiting for our flight.
View from our flight, Subhanallah cantik sangat.


Kami bertolak pada 26 june hari tu, flight pagi jam 7.55am. Can Tho ni kalau korang nak tau merupakan bandar yang paling besar dekat daerah Sungai Mekong. Kalau untuk tujuan shopping maybe tak ada benda sangat pun untuk korang yang suka shopping, tapi untuk berjalan atau nak tengok culture orang sana ok la dapat pengalaman baru kan. So kisahnya sekarang ni Air Asia dah ada this new direct route from KL to Can Tho. Masa saya beli tiket ni tengah promo sempena pengenalan route baru ni. So saya beli tiket untuk saya, husband and anak total 330 sahaja. Yeee murah so why not kan. 

Kami pergi cuma 3 hari 2 malam saja. Trust me cukup dah setakat 3 hari 2 malam saja. Tak ada benda sangat pun korang nak buat so short trip untuk short getaway dah memadai. Kami stay dekat hotel Holiday One Can Tho, book from Booking.com. Harga 2 malam 298 ringgit. Hotel ni sangat cantik dan selesa. Bilik besar, semuanya bersih. Staff hotel semua sangat-sangat baik dan helpful. Cuma satu masalah je sebab dorang ni tak berapa pandai English, so communication is a struggle here. But overall memang recommended. Tapi dia agak jauh dari main district kat area Ninh Kieu. Everytime nak keluar kena amik teksi or boleh jugak book Grab. Kalau korang nak jimat on transportation, saya suggest korang stay area yang berdekatan dengan Ninh Kieu Wharf. Yang ni kira main area la. 


Bilik air besar dan bersih sangat. Bathtub pun cantik, serba baru.


Katil pun besar saiz king.



As for halal food, take note all muslim, kat sini cuma ada satu je kedai makan halal which is The Lion City Halal Kitchen. Restoran ni sebenarnya together dengan KQ Hotel. So kalau korang nak senang, korang book je hotel ni, sebab hotel ni memang dekat dengan area Ninh Kieu. Stay dengan makan kat sini tak payah pening-pening dah. Tapi makanan kat sini a bit pricey la maklum la restoran hotel punya kan. Tapi makanan sedap ada Western and Asian, makanan goreng-goreng Malaysia pun ada. Hotel kat sini pun tengok not bad jugak, cantik so paling best kalau korang stay sini la. Macam saya, memang dah prepare ada bawak few packs Brahim travel food. Mudah dan diyakini halal. Hihi. 


Ni la dia The Lion City Cafe dengan KQ Hotel.


Ruang makan dia besar and selesa ala-ala fine dining gitu.


Menu makan malam kami



Untuk tempat jalan-jalan pulak, memang tak banyak sangat pun. Cuma highlight kat sini ialah floating market. Yang paling famous is Cai Rang Floating Market. Korang kena bangun awal untuk join ke floating market ni seawal jam 5 pagi ok. Subuh kat sini awal around 4am macam tu. So bangun pagi siap-siap mandi solat then terus ke floating market ni. Nak ke sini korang boleh beli tiket dekat area Ninh Kieu Wharf. Jangan risau tepi-tepi sepanjang sungai ni banyak sangat pengusaha bot yang jual tiket so korang tinggal pilih je. 




Ni gambar from Google, lawa sikit laa
For me, tak ada apa yang menarik sangat pun cuma kita boleh tengok kehidupan bermula di waktu pagi untuk orang local kat sini. Kebanyakkan dorang menjual kat floating market ni sebagai punca utama pendapatan dorang and ada jugak yang jadikan bot tu sebagai rumah dorang. Kat situ la dorang tidur, masak, dan sebagainya.  Bila tengok kesusahan orang dari situ saya bersyukur sangat-sangat yang kehidupan kita berkali ganda lebih baik. Malaysia ni kira masih ok dari segi ekonomi. So nikmat apa lagi yang kamu nak dustakan? Insaf. Belajar bersyukur ye semua.

Lepas tu saya melawat Binh Tuy Ancient House. Rumah ni terkenal dengan architecture dia yang bercirikan french-colonial design. Sangat cantik. Boleh masuk melawat kat dalam jugak. Kalau korang nak tau cerita ada jugak dia tampal cerita kat dalam rumah ni. Tapi saya kurang rajin nak membaca. Haha ampun. So saya just ambik gambar je sekitar kawasan rumah ni. 


Comel je rumah ni kan, kecik je tak besar pun.



















Petang and malam hari kami jalan-jalan kat area Ninh Kieu Wharf. Ambik gambar di sekitar sungai Mekong. Ada jugak Ho Chi Minh statue kat sini. Time malam memang sangat-sangat meriah kat area sini. Orang local semua dok melepak tengok pemandangan malam hari. Ninh Kieu park pun berlampu-lampu meriah waktu malam ni. Korang boleh jugak jalan-jalan kat Ninh Kieu night market. Ada pasar malam jual barang-barang local and street food kat sini. Tengok pasar malam dia ni mengingatkan saya pada pasar malam dekat Luang Prabang, Laos. Lebih kurang sama tempat jualan hasil kraftangan dan barang-barang seharian. Tapi bagi saya, Luang Prabang lebih menarik dan best untuk jalan-jalan.  Kalau sapa nak tahu tempat menarik dekat Luang Prabang, boleh check entry saya kat sini saya share trip ke Luang Prabang, Laos. Kat Can Tho ni tak ada apa sangat nak buat so basically memang kami pun lepak je. 


Bergambar kenangan berlatarkan sungai Mekong.




Ho Chi Minh Statue.


Ong Pagoda temple.


Selfie bertiga beranak.




Ninh Kieu Park.


Tersangat ramai orang waktu malam.

So far trip kali ni memang leisure sangat-sangat. Dengan tiket murah dari Air Asia tu kira berbaloi la nak tambah lagi satu pengalaman jalan-jalan kat Vietnam city ni. Yang penting orang local sini semua baik and helpful. Cuma nak sembang tu susah sikit sebab dorang semua memang tak boleh speaking. Itu je la sedikit pengalaman saya jalan-jalan ke Can Tho. Harapnya dapat bagi sedikit info untuk korang yang nak travel ke sini. Jom layan gambar-gambar sepanjang trip kami kali ni.


Jalan raya kat kawasan city pun lebih lengang dan kurang sibuk berbanding Ho Chi Minh.


Pasar Besar Can Tho.


Can Tho street food, non-halal, tengok je boleh. Hahaha.


Kawasan penjual makanan kat Ninh Kieu night market.


Ninh Kieu night market crowded sangat-sangat bila waktu malam.




Waktu siang memang lebih sunyi dan tenang berbanding malam.





No comments:

Post a Comment