Follow Us

Friday, 15 March 2019

Pengalaman Bercuti ke Luang Prabang (3 hari 2 malam)

Pesanan penaja:
Entry ni saya compile from 3 entry sebelum ni jadikan in one entry. Insyaallah semoga bermanfaat untuk sapa-sapa yang nak pergi bercuti ke Luang Prabang. Happy Reading semua :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Entry kali ni saya nak share baru2 ni saya ke Luang Prabang dengan hero2 saya (suami dan anak saya). Kami ke sana cuma 3 hari dan 2 malam. Saya book airasiago promo so dapat la tiket sekali dengan hotel cuma 177 ringgit sorang. Since anak saya dah 2 tahun lebih, kena la beli tiket untuk dia jugak. Jadi trip kami kali ni hotel dan flight tiket total 530 ringgit. Murah kan.


Belum boarding si kecik ni dah tidur 
Kami stay kat Apple Guesthouse. Guesthouse ni sangat cantik dan bersih. Owner dia pun husband and wife memang very friendly and helpful sangat2. Apa2 nak tanya or nak mintak dorang bookkan cakap je dorang akan tolong. Kami book bilik standard biasa, tapi rezeki bila sampai sana dia upgrade bilik kami ke bilik family which is lebih besar dan ada 1 katil  queen and 1 katil single. Alhamdulilah rezeki.

Kat depan guesthouse yang kami stay
Bilik besar satu katil queen and satu katil single



Flight ke Luang Prabang ambil masa lebih kurang 3 jam. Naik dari KLIA2 pukul 12.50 tengahari. Sampai di Luang Prabang time sana lebih kurang pukul 3 petang. Timing kat sana sejam lewat dari timing kat Malaysia.


Cantik view dari atas flight


Sampai kat sana terus ambil minivan ke guesthouse. Minivan ni sharing basis so dia akan turunkan kat guesthouse masing2. Tiket dia 50,000 kip sorang. Airport dengan town dia tak jauh pun dalam 15 minit macam tu je. Sampai2 guesthouse kami check in, solat dan rehat kejap.

Petang dalam pukul 5 macam tu kami keluar jalan2 kat area Sungai Mekong. Ambil gambar and tengok sunset. Bangunan kat sini cantik2 bentuk dia. Banyak cafe2 cantik yang kita boleh try lepak. Sepanjang sungai Mekong tu pun banyak tempat2 makan. Ada satu restorang halal kat depan Sungai Mekong ni tak jauh dengan Apple Guesthouse, Chennai restaurant.


View sungai Mekong kat belakang tu

Sangat tenang kat sini tak banyak kereta pun





Then kami ke Luang Prabang night market, saja nak cuci2 mata, banyak hasil kraftangan Laos jual kat sini. Nak beli souvenir ke apa boleh beli kat sini. Try beli fruit shake and crepe kat sini. Murah je harga dia 10,000 kip satu. Macam2 fruit shake and crepe ada pilih je apa perisa korang nak.



Fruit shake kat sini semua 10,000 kip je


Crepe pun sama 10,000 kip jugak



So far ni je la aktiviti kami hari pertama. Lepas habis tu balik guesthouse and tidur. Haha.

Day 2.

Hari ke 2 ni aktiviti kami nak ke Kuang Si Waterfall, yang sangat fames dekat Luang Prabang ni. Kalau datang sini tak pergi Kuang Si macam tak lengkap la percutian korang ke sini. Kuang Si ni tempat air terjun yang sangat la cantik. Memang fames kat sini penuh dengan tourist.

Kami book minivan ke Kuang Si dengan gusthouse je bayar 50,000 kip sorang. Trip ni pickup pukul 9 pagi dekat guesthouse dan balik pukul 12.30 tengahari dia akan hantar ke guesthouse semula. So basically trip ni sharing minivan so ramai la lagi tourist lain akan naik sekali untuk ke Kuang Si ni. Tempat dia tak jauh pun dalam 25km je dari town Luang Prabang, tapi jalan nak kesana tu teruk ya amat. Berlubang sana sini. Amik masa nak sampai lebih kurang 40 minit.


Entrance Kuang Si Waterfall
Tiket masuk ke Kuang Si Waterfall ni harganya 20,000 kip sorang. Dekat sini ada tempat pemuliharaan (betul ke saya eja ni? haha) beruang. Haa so boleh la tengok bear yang cute2 ni sekali. Kalau plan nak mandi, jangan lupa bawak baju mandi sekali k. Air terjun kat sini memang Subhanallah sangat cantik, air dia biru lain macamm je. Bagi saya, better korang pergi awal ke sini sebab kalau dah lambat tu makin ramai orang, so nak amik gambar pun nanti agak susah.


Boleh tahan besar bear kat sini






Dah puas jalan2 kat sini, 12.30 tengahari balik ke town Luang Prabang semula. Sampai guesthouse kami rehat dulu. Bagi anak mandi dulu sebab anak saya dah mandi kat air terjun tadi, so mandikan dia balik. Rehat and solat dan kemudian petang kami keluar nak ke Sunset port yang menarik kat sini iaitu Mount Phousi. Within walking distance jugak dari guesthouse kami duduk ni.

Mendaki anak tangga nak ke atas ni lebih kurang 300 anak tangga semua


Sunset view

View dari atas puncak bukit




Orang ramai gila kat atas ni tengah tunggu sunset




Mount Phousi ni memang tempat menarik untuk view Sunset. Dia kat atas bukit, nak naik ke atas kena la gigih mendaki anak tangga lebih kurang 300 steps semua sekali. Bayaran masuk dia 20,000 kip sorang. Masa kami sampai kt atas puncak dia, orang punya la ramai dok menunggu sunset dah. Nak amik gambar memang susah jugak la. Kat atas ni ada temple jugak. View memang cantik.

Turun dari Mount Phousi, kami ke Nisha restaurant (Indian restaurant) untuk dinner. Lagi satu halal restaurant dekat Luang Prabang ni. Dah kenyang makan, balik guesthouse and tidur. Apa lagi nak buat kan.


Menu kami nasi biryani dengan kari ayam







Day 3.
 
Hari ke-3 hari terakhir kat Luang Prabang. Bangun2 pagi kami jalan2 breakfast kat satu kedai tepi Sungai Mekong ni. Pagi2 kat sini punya la sejuk. Angin sejuk tu lain macammm. Suhu dalam 20 degree celsius. Sembang dengan owner kedai makan tu, katanya bulan 1 ke bulan 3 memang sejuk sikit kat Laos ni, angin monsun katanya. Ohh patut la.


Menu breakfast simple je
Lepas makan, kami jalan2 melawat National Musuem and Royal Palace kat sini. Malas nak pergi jauh2 dah sebab pukul 12 check out nak terus ke airport. Nak masuk ke museum ni tiket dia 20,000 kip. Tapi kami tak masuk just ambik gambar kat luar je. Haha.


Royal Palace of Luang Prabang


National Museum
Lepas pusing, sempat lagi satu round pekena fruit shake dengan banana crepe kat sini. Time ni kalau ada banyak lagi duit Kip better habiskan sebab nak tukar balik kt Malaysia nanti tak laku ye. So habiskan je la.

Sepanjang kedai ni semua ada jual crepe dengan fruit shake

Banana coklat crepe
Saya beli satu sling bag handmade harga 30,000 kip then beli fridge magnet 30,000 kip. Saya tak pandai sangat nak nego harga ni tapi kalau korang pandai make sure nego semurah mungkin k.

Dari guesthouse tu kami ke airport, book dengan owner guesthouse tu je. Dia yang antar kami ke airport satu kereta dia amik 80,000 kip. Dekat airport ada jugak satu kedai halal food, so kalau pergi airport awal boleh la korang lepak makan kat sini dulu. Airport Luang Prabang ni kecik je semua urusan pun termasuk imigresen check, check in semua cepat je. Flight balik ke Malaysia pukul 3.20 petang. So sampai ke Malaysia lebih kurang pukul 8 malam dah time Malaysia. Sekian la berakhir percutian singkat kami sekeluarga.

Kesimpulannya, bagi saya personally, Luang Prabang ni memang cantik sangat. Tempat dia sangat sesuai kalau korang nak lari kejap dari kesibukkan bandar. Gittew. Hihi.



No comments:

Post a Comment