Hari sabtu lepas saya bawak anak ke Aquaria KLCC. First time kami ke sini sebenarnya. Kalau korang nak datang sini saya suggest beli tiket online lagi murah. Boleh beli dekat website Klook. Macam-macam jenis tour ticket ada kat sini. Boleh cari mana yang korang nak. Sebabnya kalau beli dekat kaunter walk in lebih mahal harganya. Harga untuk dewasa satu tiket is rm 49. Kanak-kanak pulak rm 39. Tapi saya beli dekat Klook ni total 2 dewasa 1 budak cuma 75 ringgit sahaja. Haa jauh jugak tu beza dengan walk in tiket.
Masa saya pergi ni around 12 tengah hari. Punya ramai orang. Beratur panjang untuk redeem tiket. Semestinya ramai family dengan anak-anak kecil.
Sabar menunggu turn untuk masuk |
Kat kawasan laut dalam tu memang boleh la beramah mesra dengan jerung-jerung kat situ. Besar-besar jugak jerung ni. Ada jugak ikan pari besar dengan penyu. Cantik sangat penyu tu. Seronok pulak tengok penyu tu dok swimming dalam akuarium besar tu. Hihi.
Dekat entrance awal-awal masuk ada aquarium yang dihuni oleh ikan piranha. Banyak jugak piranha dalam ni. Sempat la saya terbayang cerita Piranha movie dulu tu. Haha.
Jalan sikit ada kolam kecik yang dorang letak tapak sulaiman, gamat, belut dengan belangkas. Boleh sentuh tapak sulaiman tu slow-slow.
Jalan sikit ada kolam kecik yang dorang letak tapak sulaiman, gamat, belut dengan belangkas. Boleh sentuh tapak sulaiman tu slow-slow.
Kat bahagian tengah ada satu aquarium bentuk bulat meninggi ke atas. Banyak ikan comel-comel dalam tu.
Kat sini ada jugak ikan arapaima ataupun orang panggil jugak ikan kelisa. Besar sangat saiznya memang yang paling besar saya penah tengok setakat ni. Selalu yang orang dok bela kat aquarium rumah tu kan comel-comel je saiznya. Yang ni memang lain sangat la kemain besar.
Dekat bahagian aquarium yang ada hidupan laut dalam tu, dia buat macam tunnel untuk pejalan kaki. Ada macam travelator bergerak tu. Korang boleh berdiri je kat situ sambil menikmati hidupan laut dalam yang jarang dapat kita tengok depan mata. Kat sini la tempatnya baby shark do do berenang. Anak saya excited tengok ni siap nyanyi lagu baby shark dia. Haha.
Before keluar ada jellyfish cantik berenang-renang. Amik gambar jellyfish ni dulu.
Tu je la short story saya habiskan masa weekend layan Ammar. Hihi. Semoga bermanfaat untuk pembaca.
No comments:
Post a Comment