Follow Us

Thursday 14 March 2019

Rutin Kemas Rumah Setiap Minggu

Hari cuti Sabtu and Ahad sememangnya hari yang ditunggu-tunggu oleh para pekerja yang makan gaji ni. Hari untuk rehat-rehat. Rutin saya pulak kalau hari Sabtu, saya selalunya akan mulakan dengan kemas rumah. Lepas solat Subuh tu saya mula la mengemas apa yang patut. Time ni nak kemas senang lagi sebab anak saya belum bangun. So kerja jadi cepat siap.
Rehat sambil minum kopi dulu. hihi





Semua sedia maklum la rumah kalau ada anak kecik ni memang susah nak kemas sentiasa kan. Anak saya pulak memang jenis suka sepahkan mainan. Sekali dia main, mau semua box dia tunggang sekali. Jenis memang tak puas kalau toys dok tersusun or tertutup dalam box. Hahaha. Adoii la anak. Memang menangis mommy tengok rumah selalunya di hari-hari biasa. So hari cuti ni la baru rumah nak cantik tersusun berkilat. Haha. Korang semua macam mana pulak. Experience yang sama macam saya jugak ke? Kalau ye, kita geng la maknanya. 




Aktiviti biasa saya selalunya memang lap habuk, bilas dengan pencuci Dettol, sapu sampah then mop lantai. Ni kira basic yang memang setiap minggu saya buat. Kalau part dapur pulak, saya akan lap and kilatkan kitchen kabinet saya. Dapur saya plak bahagian top tu marble, so memang kena cuci sentiasa supaya takda kotoran melekat. Dapur pulak kaler putih, saya akan wipe semua pintu-pintu kabinet tu. Kalau dekat part dapur masak tu memang lepas masak saya akan terus wipe dengan antibacteria wipe beli from Tesco. Bau wangi and fresh and memang untuk hapuskan bakteria. Try la korang best multipurpose wipe Tesco ni. Untuk kabinet dapur saya pakai bio degradable kitchen cleaner beli from Mr. DIY. Murah je harga dia dalam 6 ringgit tak silap saya. Tapi power jugak hasilnya memang berkilat kitchen top saya. Hihi.




Yang ni la pencuci dapur beli dekat Mr DIY
Multipurpose wipe from Tesco
Ruang makan

Itu je la sedikit rutin mengemas rumah saya. Yang penting rumah bersih dan selesa. Tak kisah rumah cantik ke tak, yang penting rumah kemas dan bersih. Orang putih kata 'home is where the heart is'. Ha gitteww. Hihihi.

No comments:

Post a Comment