Follow Us

Wednesday 9 October 2019

Short Getaway to Desaru - Desaru Tunamaya Beach and Spa Resort

Salam semua pembaca, harap semua dalam keadaan baik-baik saja. Bulan July lepas, saya ke Desaru dengan husband and anak. Saja plan nak bawak dia jalan-jalan ke pantai sebab dia suka main kat pantai, so kami pilih Desaru. Lama jugak dah tak pegi Desaru ni, last saya pegi masa tu belum kawin lagi tahun 2013. Kali ni pergi dengan family kecik saya.

Desaru ni lebih kurang 40 minit dari Johor. Tak la jauh sangat. Kat sini banyak resort tepi pantai sesuai kalau kita nak berehat sekejap atau nak lari dari busy life kat KL. Pilihan resort dari yang mampu milik sampai la yang mahal. Jadi tanya bajet sendiri and pilih mana yang sesuai. Kali ni kami stay dekat Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort.



Hotel ni cantik dan selesa. Saya suka dengan lokasi dia pulak memang tepi pantai kira puas la anak saya main kat tepi pantai tu. Kolam dia pun besar. Anak-anak boleh pilih sama ada nak mandi dekat kolam atau pantai. Anak saya dua2 dia merasa. Haha.


Masa check in rezeki kami dapat upgrade ke bilik besar yang ada 1 katil besar dengan 1 katil kecik. Bilik sangat selesa dan cantik. Bukak pintu balkoni boleh terus dengar bunyi ombat laut. Angin sepoi-sepoi gitu. Best sangat.

Budak suka main pasir

Petang boleh jalan-jalan sekitar kawasan hotel ni ambik angin sambil ambik gambar. Hihi. Aktiviti kami memang berehat je kat sini bagi si kecik tu berendam puas-puas.





Keesokan harinya lepas check out kami jalan-jalan ke Ostrich Farm dekat je dengan hotel tadi dalam 15 minit perjalan. Google je location dia confirm jumpa. Nak masuk sini kena bayar. Saya dah lupa berapa harga tiket tapi best jugak kat dalam boleh dengar explanation pasal ostrich. Siap ada demonstrasi macam mana nak pecahkan telur burung unta ni. Agak menarik kira macam belajar ilmu baru.





Yang bestnya kita dapat harga special untuk merasa makan telur burung unta. Kami ambik kesempatan untuk try jugak. Satu plate rm10. Kami order telur omellete biasa. Kalau korang nak try yang telur ostrich cheese pun ada jugak tapi harga dia mahal sikit la. Sebijik telur ostrich ni boleh masak 6 biji omellete kalau korang nak tau. Haa punya la besar. Suprisingly memang sedap telur dia macam lemak-lemak sikit. Anak saya pun suka makan lalu dia. Haha. So kalau korang datang try la rasa kat sini k.
Ni la omelette dia memang besar satu portion


Lepas melawat ostrich kami melawat pulak Desaru Fruit Farm. Kalau nak masuk ke dusun buah dia kena bayar tapi kami tak masuk. Just pegi ke kedai dia je. Banyak buah-buah tropika ada jual kat sini. Best sangat. Saya sempat beli sebiji durian musang king. Sedap gila makan kat situ jugak. Puas hati dapat makan durian fresh and sedap.


Tu je la pengalaman kami ke Desaru. Saja nak abadikan kenangan kami sekeluarga kat blog saya. Buat kenangan. Hihi. Thank you for reading.

No comments:

Post a Comment