Follow Us

Wednesday 9 October 2019

Pengalaman Bercuti ke Amsterdam, Holland

P/S: Saya update coretan pengalaman saya ke Amsterdam untuk 4 hari jadikan dalam satu entry sahaja, mudah untuk pembaca nak baca. Enjoy reading guys.

Salam semua.

Kali ni saya nak cerita pengalaman saya bercuti ke Amsterdam. Pada cuti easter break yang lepas, saya and husband sempat la melawat Amsterdam. Kami book flight easyjet return tiket from Edinburgh total 105 pound. Murah kan. Kitorang pegi 4 hari je 3 malam. Hari pertama kami just leisure around the town. Hotel kami stay namanya Singel Hotel. Book di Booking.com. Harga murah, location superb. Recommended.



Rupa macam buruk tapi bilik dia sangat selesa. Berpatutan dengan harga.

Macam ni la rupa dalam bilik tu.

Hari kedua kami join countryside tour Amsterdam. Kami beli one day countryside tour kat Viator.com. Tempat yang kami pergi termasuk Zaanse Schans Windmills Village, Volendam and Marken. Zaanse Schans ni tempat windmill. Tak sah kalau datang Amsterdam tak melawat mercu tanda Amsterdam ni kan. Besar-besar kincir angin kat sini. 






Tempat kedua plak kami dibawa melawat ke perkampungan nelayan yang terkenal iaitu Volendam and Marken. Kat sini kami tengok demo buat cheese secara tradisional. Kepada peminat cheese boleh la borong cheese kat sini. Murah dan banyak sangat pilihan. 












Kami diberi masa lebih kurang sejam untuk makan tengahari kat sini. Jangan lupa try seafood kat sini sebab sangat fresh dan murah. Nama pun fishing village kan. Hihi. 

Ni antara fresh seafood yang dijual kat sini.


Then kami dibawa pula menaiki bot untuk ke Marken. Kat Marken ni kami dibawa melawat tempat buat kasut terompah kayu yang fames kat Amsterdam ni. 












Keseluruhannya trip ni memang sangat berbaloi. Best sangat dapat tengok countryside of Amsterdam ni. Memang cantik pemandangan2 sepanjang trip kali ni.
 
Hari ketiga kami menghabiskan seharian di taman tulip paling fames kat dunia ni. Mana lagi kalau bukan Keukenhof Garden. Untuk info, Keukenhof ni hanya dibuka sekali saja setiap tahun iaitu semasa musim bunga. Untuk tahun ni Keukenhof dibuka mulai 23 March smpai la 17 May 2015 sahaja. Hati memang tak sabar sangat nak melawat Keukenhof. Ni kira salah satu wishlist saya ni. Kami book tiket online sekali dengan shuttle bas dari town terus ke Keukenhof garden ni. So sangat la mudah. Cuma perlu berkumpul di pick up point untuk ke sana. Harga dah tak ingat. Huhu. Jom layan gambar tulip yang sangat cantik ni.












Kat dalam taman ni ada satu kawasan indoor. Dalam indoor tu penuh dengan tulip yang tersangat cantik dan blooming dengan begitu cantik. Tulip kat dalam ni macam spesies tulip yang dijaga la kiranya kot. Cuba tengok bunga dia cantik sangatttttt.















Cantik kan tulip ni semua. Rasa macam nak bawak balik rumah tanam kat rumah. Hihi. Banyak sangat gambar kat Keukenhof ni. Tempat dia cantik sangat rasa semua tempat nak ambik gambar.








So itu la kisah kami seharian di taman tulip yang sangat cantik ni. Insyaallah kalau ada rezeki teringin nak datang sini lagi. Nak bawak satu family. Amin. Insyaallah. Hehe.

Last day kat Amsterdam, kami just beli canal cruise tour tiket. Memandangkan flight balik ke Edinburgh malam pukul 9, so sempat la kami jalan lagi sekitar town dia. Tiket nak beli canal cruise ni boleh beli dekat ofis dia tepi sungai berdepan dengan bangunan Amsterdam Central. Kalau korang lalu situ sure nampak punya. Tour tu sejam je. So dia akan bawak pusing around the canal. Jom tengok gambar sekitar canal cruise tour tu.
Ni restoran seafood chinese yang paling fames katanya kat sini











Macam ni la rupa bot dia












Ni rumah air. Cantik gila kan. Macam seronok plak ada rumah macam ni.

Lagi rumah air



Ni tempat parking basikal. Amsterdam ni sangat fames dengan naik basikal. Orang kat sini lebih prefer berbasikal.
Rasanya semua orang tau yang selain dari tulip dan kincir angin sebagai mercu tanda Amsterdam ni, basikal, musuem (more to sex musuem, huhu) dan ganja juga sangat la fames kat sini. Seperti semua sedia maklum, ganja halal dan dijual secara terbuka. Satu benda yang saya tak suka sebab sangat busuk okey. Kalau jalan berselisihan dengan orang Amsterdam ni confirm la bau ganja ni melekat.





Ni dekat Dam Square




Air ganja kat sini. Sapa nak try boleh la beli. Haha.

Lolipop ni bukan sekadar lolipop biasa okay. Inilah lolipop berperisa ganja. 

Basikal untuk bawak baby. Rare kan. 

Sex Museum.





Masa kami ke Amsterdam ni awal bulan 4 so cuaca masih jugak sejuk. Kalau pergi time panas lebih seronok nak jalan kot. Hihi. Sekian je la coretan pengalaman jalan-jalan ke Amsterdam, kita jumpa lagi nanti!


No comments:

Post a Comment