Follow Us

Friday, 24 November 2017

Resepi Carrot Cake Sedap

Salam,

Saya suka sangat makan carrot cake especially with the topping cream cheese. Sedap kan. Saya rasa ramai jugak yang suka makan so hari ni saya nak share resepi carrot cake yang saya selalu follow kalau nak buat sendiri. Resepi dia senang even saya yang tak berapa hebat buat kek ni pun berjaya buat. Dah banyak kali try memang menjadi. Ada dua part untuk buat carrot cake ni iaitu kek dan jugak frosting krim keju atau cream cheese. Jom tengok bahan-bahan dia.


Bahan Kek:

*200 gm tepung gandum
*1 sudu teh serbuk penaik
*3/4 sudu teh soda bikarbonat
*1 sudu teh rempah kayu manis
400 gm lobak merah-diparut
100 gm minyak masak
130 gm gula kastor
90 gm gula perang
50 gm kacang walnut-dicincang
2 biji telur gred A

*Bahan A-diayak


Bahan Frosting Krim Keju:

250 gm krim keju (saya selalu beli jenama tatura, kat tesco banyak je)
100 gm gula aising
65 gm mentega-dicairkan
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:



  • Griskan acuan. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180 celcius.
  • Kek: Satukan lobak merah, gula perang dan digaul rata. Biarkan selama 30 minit.
  • Satukan gula kastor dan telur dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga pekat dan gebu. Masukkan minyak masak dan esen vanila. Gaul hingga rata. 
  • Kemudian masukkan bahan A sedikit-sedikit diikuti dengan adunan lobak dan kacang walnut. Gaul hingga rata. 
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan. Bakar selama 1 jam pada suhu 180 celcius.
  • Sejukkan kek dan sapukan krim keju. Hias ikut citarasa anda.
  • Krim keju: Satukan krim keju, gula aising dan esen vanila lalu dipukul hingga kembang. Masukkan mentega cair dan pukul lagi hingga gebu. Siap. 
Ni kek yang dah siap dimasak. Kalau korang nak tau kek korang dah masak ke belum, try cucuk lidi dekat kek tu. Kalau dah tak melekat tu maknanya dah masak la.


Dah siap sapu cream cheese. Memang buruk la sebab saya tak pandai sapu. Haha. 


Dah siap potong dan boleh terus masuk mulut. 
Ada orang yang tak suka cream cheese. Jadi boleh la makan kek saja tanpa topping. Kalau yang suka cream cheese macam saya, letak banyak topping lagi sedap kan. 

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment