Follow Us

Friday, 24 November 2017

Bercuti ke Italy (Part 1: Rome)

Salam to all readers,

Haa kali ni saya nak kongsi pengalaman bercuti ke Italy semasa winter break yang lalu. Saya and husband pergi pada bulan 12 yang lalu, so time tu winter la. Kalau pergi holiday time winter memang kena make sure baju yang kita bawak bersesuaian supaya tak spoil kan mood holiday kita dan kita dapat jalan-jalan dengan happy. Kihkih.

Kami fly dari London ke Rome naik Ryan Air. One of the low cost airline kat sini. Sampainya kami di Ciampino Airport, kami terus beli tiket bas di kaunter yang tersedia untuk ke Roma Termini iaitu stesen keretapi yang utama kat sini. Hotel yang kami book within walking distance je dari Roma Termini ni. Sebab utama kami stay kat situ sebab review banyak kata senang stay area situ in terms of transport and makanan halal. Memang betul kat sekitar stesen tu banyak sangat kedai makanan halal so tak perlu risau tentang makanan okey. Disebabkan kami sampai dah malam so terus tidur la apa lagi. Hihi.

Jalan-jalan kami dimulakan pada esok harinya pagi lagi selepas breakfast di hotel. Kami beli tiket bas hop on hop off yang valid untuk 24 jam. So senang untuk ke semua tempat popular dekat Rome. Bas tu cover almost all tempat2 wajib dilawati kalau kita kat Rome termasuk la the famous Colosseum and Vatican City.


Sumber google; Macam ni bas dia

Tempat pertama kami lawati ialah Santa Maria Maggiore iaitu gereja yang terbesar untuk orang Catholic di Rome. Sejarah dia tak payah la tahu kan. Memang tak berminat sangat nak tau cuma suka tengok bangunan dia yang unik je. Haha. Boleh gitu?







Gereja dia cenggini la rupa. Kami tak turun dari bas pun sebab malas nak berlama2 kat sini.
Stop seterusnya ialah tempat yang paling saya teruja sangat nak pergi. Apa lagi kalau bukan one of the seven wonders of the world, Colosseum. Harus diingatkan sebaiknya kalau korang plan nak masuk melawat kat dalam Colosseum ni, korang beli tiket online siap2. Sebab beratur nak beli tiket kat sini punya la panjangggggg. Kitorang pun tak masuk haritu. Cuma berjalan sekitar kawasan Colosseum ni je. Sangat besar.













Selepas menghabiskan masa bergambar di sekitar Colosseum ni, kitorang stop pulak dekat Vatican City. Vatican city ni telah diiktiraf sebagai negara paling kecik kat dalam dunia ni yang diperintah oleh Bishop-the Pope. 







Ramai sungguh orang beratur nak masuk dalam

Next stop yang saya memang teringin sangat nak pegi tak lain tak bukan, Fontana di Trevi atau nama komersial dia (erkk ada ke nama komersial) Trevi Fountain. Menurut kepercayaan orang lama-lama, sapa yang datang ke sini dan baling duit syiling masuk dalam fountain ni nescaya akan sampai ke situ lagi nanti. Haha. Tapi malangnya time kami sampai kat situ fountain tu tengah under construction. Frust saya. Huhuhu. 

Ni rupa sebenar dia. Cantik kan. Sumber gambar: Google


Ni time kami sampai. Sedih jugak la tak dapat tengok kecantikan fountain ni

Kalau ikut bus hop on hop off tu ada la 10 tempat yang dia akan stop. Tapi kami tak turun semua tempat pun. Sebab tempat yang kami memang nak pegi ni kami dah habiskan masa yang lama jugak. Jom tengok gambar yang sempat kami snap dari dalam bas.
















Kami menyambung percutian kami ke Florence pulak keesokkan harinya naik tain laju Trenitalia. Beli la tiket dari awal online. Tiket dia murah je dan yang paling penting cepat sampai dan on time. Gittu. 

Bersambung lagi nanti Part 2.

4 comments:

  1. Salam. Boleh tanya masa di Rome duduk di hotel mana? email saya ialah asdahulluk@gmail.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, masa kat Rome, kami stay kat hotel Hollywood nama hotelnya. Boleh check link di booking.com saya paste sini ye.

      https://www.booking.com/hotel/it/hollywood.en-gb.html?aid=356980;label=gog235jc-1DCAsocUIJaG9sbHl3b29kSDNYA2ihAYgBAZgBCbIBLTJhaFVLRXdqUTk2SzNoUEhmQWhYQ0Y0Z0tIWUlkQVdVUUZqQUFlZ1FJRlJBQrgBF8gBDtgBA-gBAYgCAagCAw;sid=b7df9f6f46c3d960012c25b84b1c1b87;dist=0&keep_landing=1&sb_price_type=total&type=total&

      Delete
  2. wahh bestnyer jalan2 rome yg ohsem tuuhh
    . :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Sekali sekala tengok negara orang best jugak kan. Jauh perjalanan luas pemandangan. Gitteww. Hihi

      Delete