Percutian kami ke Italy kali ni diteruskan ke Venice, kota cinta katanya. Makanya, kalau korang pegi Italy tapi tak ke Venice ni macam tak lengkap la percutian korang kan. Jadi saya and husband pun tak melepaskan peluang ke Venice. Macam biasa dari Florence, kami gunakan Trenitalia dari Firenze station terus ke Venice. Perjalanan lebih kurang 2 jam sahaja. Tak terasa pun sekejap je dah sampai. Saya memang agak excited nak menjejakkan kaki ke Venice ni. Maklum la selalu tengok gambar and dengar cerita orang je kan.
Kitorang book hotel from Booking.com, Hotel Regit. Kat Venice ni kami tak stay kat dalam Venice, tapi sebaliknya kami stay kat luar Venice iaitu di Mastre. Sebab utama hotel kat dalam Venice mahal2 belaka. So nak jimat sikit kami stay kat area Mastre, dekat dengan train station. Hotel kami boleh jalan kaki je dari train station lebih kurang 5 minit jalan kaki. Tak susah pun nak masuk ke Venice, naik train je. Makanan halal pun ada jugak dekat2 dengan area train station ni, so boleh la kami isi perut tanpa risau.
Dah bercuti time winter kan, sejuk dia mak aiii. Sangat terasa lebih sejuk dari time kami kat Rome and Florence. Maybe sebab Venice tepi laut kan, tu yang sejuk gila. Haha. Nak keluarkan tangan dari winter coat pun malas, sebab sejuk sangat. Ok Venice ni takda la besar sangat. Sehari jalan pun rasa dah boleh pusing satu pulau ni. Tapi awas, korang akan confirm sesat punya. Sebab bangunan dia sama je semua. Haha. Kalau sampai ke Venice ni cuba la naik Gondola ride dia. Naik dengan pasangan anda pastinya satu kenangan terindah kan. Kami tak naik hari tu sebab mahal sangat. Haha.
Dah sampai ke Venice ni korang boleh lawat Piazza San Marco, Saint Mark's Basilica, Rialto Bridge and Murano Island. Kalau korang nak ke Murano Island beli tiket kat ticket counter yang ada kat sana (mana2 pun boleh), then kena naik bot ke Murano Island. Murano Island ni terkenal dengan pembuatan gelas. Cantik2 semuanya. Gelas dia plak berwarna warni. Kalau ada bajet lebih shopping la kat sini. Jom layan gambar2 semasa di Venice.
Ni view lepas keluar dari train station dia |
Jom layan plak gambar2 di Murano Island.
Kat belakang tu glass ye sempena Murano Island ni terkenal dengan pembuatan gelas dia. |
Ni tengah tunggu bot. Kira macam boat stop la. Hihi. |
Ni kat dalam boat. Serius sejuk gila. Angin dia menusuk ke tulang oii. Hahaha. |
Ni je yang sempat saya snap. Yang lain dah ngap lapar sangat. hahaha. Yang ni spagetti seafood italiano, serius sedapppppp. |
No comments:
Post a Comment