Part 2 kali ni kami teruskan percutian kami ke Florence. Kami bermula dengan Rome, boleh baca kat sini.
Pagi2 lagi kami dah mulakan perjalanan kami dengan menaiki tren berkelajuan tinggi iaitu Trenitalia. Train ni sangat selesa dan bersih. Yang penting on time. Kat Italy ni paling senang sekali nak travel from one city to another city mmg dengan menaiki train ni. Jom tgk gmbr train dia.
|
Trenitalia
Perjalan dari Rome ke Florence lebih kurang 1 jam 30 minit je. Tak la jauh. Sekejap je dah sampai. Train ni laju ooo. Haha. Sesampainya kami kat Florence tu kira masih pagi jgk la..masih awl dalam pukul 9 pagi. So menapak la saya and husband mencari hotel yang kami dah book di Booking.com. Ikutkan review kata hotel tu memang tak jauh dah dari station utama Florence ni (Firenze Santa Maria Novella Station). Jadi kami pun redah je la cari sambil tanya org kat situ. Orang2 kat sini memang baik2 sudi je bantu kita kalau kita tanya bebaik. Jadi rajin2 la bertanya k.
Hotel kami booking di Florence namanya B&B La Residenza Dell'Orafo. Seriusly hotel ni sangatttttttt cantikkkkkkk. Macam mana gambar dia kt dalam Booking.com , macam tu la real property dia. Harga murah, location pn superb. Staff hotel tu pulak punya la friendly and baik sangattt. Masa kami sampai masih awal, dia kata bilik belum siap lagi. Tapi dia siap bawak kami tnjuk bilik yang kami akan duduk nanti and tnya if kitorang ok x dengan bilik tu. Gila x ok...lawa gila kot...hahahha. Then dia siap explain dekat kami tempat2 menarik yang boleh lawat di sekitar Florence ni. Siap bagi maps lagi tu. Haha. Jom tengok gambar hotel serba sedikit (ihsan google).
Ok kesimpulannya fully recommended.
Misi kami seterusnya ialah bershopping. Guys kalau korg dtg ke Florence ni jangan lupa ke salah satu factory outlet yang besar kat sini iaitu The Mall. Syurga buat geng wanita kat sini beb. High end brand korang boleh dpt dengan harga yang jauh lebih murah dari harga kat Malaysia. Well The Mall ni terletak lebih kurang 30 minit drive from Florence. Nak datang sini korang boleh ambik bas dari train sation. Tak ingat dah bayar berapa. Nanti balik pun tunggu je bas dari outlet tu and dia akan drop korang balik kt station yg sama korang naik.
|
Lepas habiskan masa dalam 3 jam bershopping, ktorang pun balik semula ke Florence. Kami jalan2 sekitar town dia tengok bangunan2 unik kat situ. Memang lawa. Antara tempat menarik boleh dilawati kat sini (semuanya within walking distance only), ialah Duomo Cathedral, Ponte Vecchio, Santa Maria Novella Church and Piazza Della Signoria. All the buildings are stunning. Cantik sangat.
Sedikit tips berkenaan makanan halal kat Florence ni, untuk muslim korang tak perlu risau sebab makanan halal mudah je nk dapat kat sini. Kedai arab, pakistan semua ada. Jalan je sekitar area tourist attraction dia confirm korang akan jumpa.
Itu la serba sedikit tips ke Florence. To be continue in Part 3.
No comments:
Post a Comment