Follow Us

Friday, 9 February 2018

Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah Simple dan Sedap

Assalamualaikum buat pembaca blog semua. Hari ni saya nk share satu resepi mudah yang confirm sedap iaitu sotong goreng kunyit berkuah. Sapa sini suka makan sotong? Angkat tangannnn. Haaa saya pn suka. Kalau nak masak sotong saya suka masak resepi ni. Mudah sangat nk masaknya. Jom tgk resepi ni.




Bahan-bahan:
- Sotong (cuci bersih dan potong bulat2).
- 1 biji bawang besar (hiris nipis membulat)
- 2 biji bawang putih (hiris nipis)
- 2 biji cili merah (hiris nipis) **kalau suka pedas boleh guna cili api
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Sedikit sos tiram
- Sedikit kicap manis
- Sedikit kiub pati ayam
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Gaul sotong yang telah dibersihkan dan dipotong bersama dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panasakan minyak, masukkan sotong dan masak seketika.
3. Masukkan bawang dan cili, gaul sehingga rata dan bawang layu.
4. Masukkan sos tiram, kiub pati ayam dan kacau lagi,
5. Masukkan kicap dan tambah air untuk pastikan berkuah. Perasakan dengan garam secukpnya.
6. Masak sehingga kuah mendidih dan menjadi sedikit pekat. Siap.


No comments:

Post a Comment