Follow Us

Thursday, 15 February 2018

Ho Chi Minh Trip & Tips (percutian simple cara saya) - Part 1

Assalamualaikum semua. Entry kali ni nak share mengenai trip saya ke Ho Chi Minh Vietnam (HCM). Ok kalau sebut Ho Chi Minh pastinya dalam kepala otak terpikir nak shopping je kan. Apa lagi. Hehe. HCM sememangnya syurga shopping buat kaum wanita terutamanya. Memang ramai sungguh orang Malaysia datang ke sini sampaikan jalan dekat depan Ben Thanh Market tu orang panggil Malaysia Road.


Si kecik saya dah tak sabar nak fly :)


Macam biasa saya ke sana dengan suami , anak dan adik sy bersama kawan dia. Kami book tiket Air Asia tapi make sure korang beli luggage sekali ye. Dah tentu2 nak shopping kan. Untuk hotel plak, make sure korang book hotel dekat area District 1. Tapi lebih bagus kalau korang cari hotel berdekatan area Ben Thanh Market ataupun sepanjang jalan 'Nguyen An Ninh'. Sebab area sini memanh paling happening, dekat dengan tempat shopping dan yang peling penting skali makanan halal memang sepanjang jalan ni je. Kat jalan ni jugak ada banyak penjual kopi Vietnam. Saya syorkan korang sila la cuba sebab kopi vietnam sedap gilerrrr. Harga satu cup 3 ringgit. Haa murah kan.


Kami kat dalam Ben Thanh Market


Hasil shopping





Ada beberapa kedai makan halal kat sepanjang jalan ni antaranya, Kedai Hajah Basiroh, Kedai Musa Kareem, Kampung melayu halal restaurant, Warung 1 Malaysia dan byk lagi. Pilih la yg mana korang nak, insyaallah semua halal.




Ni la sepanjang jalan yang banyak kedai halal. Betul2 depan Ben Thanh market je.


Wajib cuba kopi ni k :)



Kalau nk shopping kain atau baju2, korang boleh pegi ke Ben Thanh Market yang paling famous kat sini. Tapi tips paling penting sekali tolonggggg bargain sehabis boleh ok. Harga dorang letak mmg tinggi, kita kena pandai main harga dengan dorang. Kalau satu kedai tak bagi ada banyak lagi kedai lain. Tapi kalau dah tawar sebaik mungkin tu and dorang bagi harga yang korang rasa ok beli je la, jangan blah camtu je, ada jugak yang kena maki nanti. Hahaha. Nak berberlanja kat sini jangan terkejut sebab dorang mostly boleh terima duit kita RM. So mudah je tak payah tukar duit dorang pun takpe. Guna je duit kita. Tp kalau utk makan tu kena la tukar duit dorang.

Kalau sebelah malam pulak, ada pasar malam kt luar Ben Thanh Market. Market tu akan tutup petang ye so malam diganti dengan pasar malam. Kat sini rasanya lebih murah kot brg dia. Yang penting tawar menawar la jugak ye.




Nanti saya update tempat lain yang menarik ok di part 2 :)

No comments:

Post a Comment