Haaa kali ni nk share salah satu lagi resepi yang mudah je nak buat iaitu daging goreng berlada. Resepi ni kalau makan dengan nasi panas2 fuhhh confirm bertambah nasi.
Jom tengok bahan2 dia:
- Daging (of cos dah nama pn daging berlado), ikut suka byk mana. Basuh dan rebus sampai lembut then potong kecil or nipis.
- Bawang merah 4 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Cili merah 3 biji
- Cili padi 2 biji (ni kalau suka pedas boleh letak)
- Sedikit belacan bakar
- Serbuk kunyit dan garam
Cara nak masak mudah je.
1. Daging yang dah lembut tu gaul dengan garam dan kunyit then goreng sehingga garing.
2. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan belacan. Tumbuk kasar2 je jangan halus sgt.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis la bahan tumbuk kasar tadi. Tumis sehingga naik minyak dan cili garing.
4. Perasakan dengan garam. Kalau suka nak adjust rasa letak gula pn boleh.
5.Masukkan daging yang dah digoreng tadi. Kacau sampai sebati dan siap.
Selamat mencuba kawan2.
Saturday, 17 February 2018
Resepi Daging Belado @ Berlada Simple
by
Mommy Wiwin
on
February 17, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment