Follow Us

Thursday, 22 February 2018

5 Tips Travel Dengan Anak Kecil



Selalu orang bertanya apa tips saya travel bawak anak kecik saya. Haaa kali ni saya nak share sikit la tips for parent yang ada baby or toddler and nak bawak budak2 kecik ni travel.

Selalunya parent jadi malas nak travel or bercuti bila pikirkan nak bawak anak or baby yang kecil lagi kan. I feel you gaisss memang susah pun sebab budak2 ni unpredictable okeyy, tantrum di mana2 saje. Hahaha. Paham gais so saya share sikit laa tips nak handle bebudak ni insyaallah boleh jadi panduan untuk sapa2 je yang nak bercuti. I am sure we parents can do this and we know exactly how to handle our kids. Kerjasama between husband and wife = joyful adventure.

1. Keselesaan

- Anak2 ni asalkan dorang selesa insyaallah dorang ok. Selesa in terms of perut kenyang, hati senang. Gittewww. Nak bercuti make sure pakaian dorang kita bawak yang selesa dan kena pada tempatnya la. Kalau pergi tempat sejuk bawak la baju sejuk, kalau tempat panas pakai baju nipis or cotton, etc. Sepanjang jalan tu boleh bawak bekal finger foods or apa2 snek yang dorang suka. So sambil jalan sambil makan dorang sure ok. Dalam flight, time nak landing and take off, bagi anak susu untuk kurangkan tekanan kat telinga so takde la dorang sakit telinga.


2. Timing/Planning

- Kalau travel dengan flight, make sure kita dah plan masa sebaiknya. Pergi airport awal so that kita tak rushing. Awal takpa jangan lambat nanti kelam kabut dengan nak handle anak lagi, haaa sapa yang stress. Kita la jugak yang stress tu. Ingat kalau international flight, seeloknya korang sampai airport 3 hours before departure time k. Plan la jugak sekali itenarary or aktiviti apa korang nak buat kat tempat bercuti tu. Sesuaikan dengan aktiviti anak2 jugak k. So planning is important so that we know what to expect kan.


Sampai airport awal bileh rilek2 je
3. Packing baju/barang

- Kalau naik flight, untuk hand carry, make sure kita dah siap2 letak pampers and baju spare in case anak muntah or berak ke. Confirm la kita nak kena salin baju jugak kan. Bawak jugak sepersalinan baju untuk kita sekali. Saya akan salin pampers anak sebelum masuk flight so dalam flight tak payah nak tukar lagi dh kat dalam toilet yang sempit tu. Harapnya anak tak berak la kan, tapi kalau dah berak jugak kena la salin. Tapi kalau long haul flight, of course kena salin jugak so anak2 kita pun selesa baru dorang tak buat hal sangat. Kalau anak menyusu badan (macam saya), yang ni paling senang sekali sebab tak payah susah2 nak pikir nak bawak susu la air panas bagai kan. Tapi kalau anak susu botol, make sure susu, flask air panas semua kita dah letak dalam beg jugak. Yang ni boleh je bawak masuk as hand carry no problem kan.




Packing budak ni sekali masuk luggage.Kekeke.
4. Entertainment

- Ada parent yang tak benarkan langsung anak main phone or gadget kan. Yang ni kalau anak korang bosan sepanjang perjalanan tu kena la korang plan aktiviti apa2 dengan anak2. Main la batu seremban ke main jutaria ke (boleh laa nak hilangkan bosan anak2 kot..kekeke). Tapi saya jenis tak halang anak guna phone (of course with our supervision), so saya akan install sesiap games, nursery rhymes or apa2 je laa yang anak suka tengok. Kat dalam flight senang, pasang je bagi dorang tengok. Nanti dah bosan dorang mengantuk then tidur. Kadang2 time bercuti tu pun, kita nak shopping contohnya, yang seronok shopping tu of course maknya je. Bagi anak2 benda ni bosan k. Yela apa la yang dorang nak tengok or nak beli pun. So bagus kalau ada games untuk dorang ni, dorang boleh main and kita boleh shopping dengan aman.

5. Stroller/Baby carrier

- Yang ni penting kalau tak bawak bertabah la korang nak dukung je anak korang. Letih weii. Kalau saya boleh dukung kejap je anak saya, semput la kalau dukung lelama. Haha. Husband laa yang selalu mendukung anak ni. So untuk keselesaan bersama, bawak la stroller. Mudah untuk anak2 jugak. Sebab budak2 ni dorang boleh tidur kat mana2 je, so ada stroller boleh la dorang tidur je kita pun boleh jalan macam biasa. Tapi paling senang kalau guna baby carrier. Maklum la ada tempat yang tak berapa stroller friendly sangat kan. Especially Asia kan. Kalau belah2 Europe sana senang kalau bwak stroller. So penyelamat paling mudah guna je baby carrier. Kat mana2 pun boleh. Asalkan korang guna baby carrier yang selesa dan tak sakitkan badan korang and anak2.


Hmmm ada lagi ke tips2 penting. Mommies can share with me your tips also k. Sharing is caring. Xoxo.

No comments:

Post a Comment