Follow Us

Monday 19 February 2018

Tempat menarik yang boleh dilawati di Bali

Saya ke Bali semasa tahun 2013 tahun tu dapat beli tiket promo Airasia 88 ringgit return tiket. Memang murah kan. Tapi sekarang promo Airasia pun tak dapat murah macam ni dah. Huhuhuhu. Ok so apa yang best kat Bali ni ye. Bagi saya selepas pertama kali ke Bali tu pendapat saya Bali ni agak overrated jugak la. Nak kata cantik sangat pun tak jugak. Saya lebih suka ke Phuket berbanding Bali. Kira ok la dah sampai jugak ke sini sekali kan. Jadi la tuu. Hihi.

Sedikit info mengenai Bali, majority penduduk kat sini beragama Hindu. So banyak temple ataupun pura cantik2 yang boleh dilawati kat sini. Kalau benasib baik, dapat la tengok ritual keagamaan yang dorang buat semasa lawatan tu.

Jom saya listkan tempat menarik yang saya sempat melawat hari tu:

1. Pura Tanah Lot

- Rasanya ni pura yang paling fames kat Bali kot. Pura terletak kat tengah laut atas batu batuan jauh sikit dari darat. Kalau time air surut boleh jalan kaki terus ke sini tapi kalau air pasang tengok dari jauh je la. Kalau time sunset memang cun ambik gambar kat sini.




2. Pura Ulun Danu Bratan

- Salah satu pura yang paling cantik kat Bali ni sebab dia terletak kat tasik. Pemandangan kat sini memang wowww sangat.




3. Pura Taman Ayun

- Kawasan yang cantik dan terletak dalam taman. Boleh jalan2 ambik gambar sekitar kawasan ni.




4. Pantai Kuta

- Pantai yang paling fames dan kawasan tumpuan kalau orang datang kat Bali. Selalunya orang akan stay kat area Kuta. Aktiviti kat sini boleh surfing sebab ombak dia kuat.

Sunset kat Kuta




5. Pantai Nusa Dua

- Pantai ni cantik sangat. Area dia lebih sunyi dan aman berbading Kuta.




Sekian sahaja entry ringkas saya mengenai pengalaman pergi Bali :)

No comments:

Post a Comment