Follow Us

Sunday, 4 March 2018

Bercuti ke Luang Prabang, Laos (Day 2)

Sambungan dari Day 1.

Hari ke 2 ni aktiviti kami nak ke Kuang Si Waterfall, yang sangat fames dekat Luang Prabang ni. Kalau datang sini tak pergi Kuang Si macam tak lengkap la percutian korang ke sini. Kuang Si ni tempat air terjun yang sangat la cantik. Memang fames kat sini penuh dengan tourist.

Kami book minivan ke Kuang Si dengan gusthouse je bayar 50,000 kip sorang. Trip ni pickup pukul 9 pagi dekat guesthouse dan balik pukul 12.30 tengahari dia akan hantar ke guesthouse semula. So basically trip ni sharing minivan so ramai la lagi tourist lain akan naik sekali untuk ke Kuang Si ni. Tempat dia tak jauh pun dalam 25km je dari town Luang Prabang, tapi jalan nak kesana tu teruk ya amat. Berlubang sana sini. Amik masa nak sampai lebih kurang 40 minit.

Entrance Kuang Si Waterfall
Tiket masuk ke Kuang Si Waterfall ni harganya 20,000 kip sorang. Dekat sini ada tempat pemuliharaan (betul ke saya eja ni? haha) beruang. Haa so boleh la tengok bear yang cute2 ni sekali. Kalau plan nak mandi, jangan lupa bawak baju mandi sekali k. Air terjun kat sini memang Subhanallah sangat cantik, air dia biru lain macamm je. Bagi saya, better korang pergi awal ke sini sebab kalau dah lambat tu makin ramai orang, so nak amik gambar pun nanti agak susah.


Boleh tahan besar bear kat sini






Dah puas jalan2 kat sini, 12.30 tengahari balik ke town Luang Prabang semula. Sampai guesthouse kami rehat dulu. Bagi anak mandi dulu sebab anak saya dah mandi kat air terjun tadi, so mandikan dia balik. Rehat and solat dan kemudian petang kami keluar nak ke Sunset port yang menarik kat sini iaitu Mount Phousi. Within walking distance jugak dari guesthouse kami duduk ni.

Mendaki anak tangga nak ke atas ni lebih kurang 300 anak tangga semua


Sunset view

View dari atas puncak bukit




Orang ramai gila kat atas ni tengah tunggu sunset




Mount Phousi ni memang tempat menarik untuk view Sunset. Dia kat atas bukit, nak naik ke atas kena la gigih mendaki anak tangga lebih kurang 300 steps semua sekali. Bayaran masuk dia 20,000 kip sorang. Masa kami sampai kt atas puncak dia, orang punya la ramai dok menunggu sunset dah. Nak amik gambar memang susah jugak la. Kat atas ni ada temple jugak. View memang cantik.

Turun dari Mount Phousi, kami ke Nisha restaurant (Indian restaurant) untuk dinner. Lagi satu halal restaurant dekat Luang Prabang ni. Dah kenyang makan, balik guesthouse and tidur. Apa lagi nak buat kan.


Menu kami nasi biryani dengan kari ayam
Jom sambung baca Day 3.


No comments:

Post a Comment