Follow Us

Sunday, 4 March 2018

Bercuti ke Luang Prabang, Laos (Day 1)

Entry kali ni saya nak share baru2 ni saya ke Luang Prabang dengan hero2 saya (suami dan anak saya). Kami ke sana cuma 3 hari dan 2 malam. Saya book airasiago promo so dapat la tiket sekali dengan hotel cuma 177 ringgit sorang. Since anak saya dah 2 tahun lebih, kena la beli tiket untuk dia jugak. Jadi trip kami kali ni hotel dan flight tiket total 530 ringgit. Murah kan.

Belum boarding si kecik ni dah tidur 
Kami stay kat Apple Guesthouse. Guesthouse ni sangat cantik dan bersih. Owner dia pun husband and wife memang very friendly and helpful sangat2. Apa2 nak tanya or nak mintak dorang bookkan cakap je dorang akan tolong. Kami book bilik standard biasa, tapi rezeki bila sampai sana dia upgrade bilik kami ke bilik family which is lebih besar dan ada 1 katil  queen and 1 katil single. Alhamdulilah rezeki.

Kat depan guesthouse yang kami stay
Bilik besar satu katil queen and satu katil single


Flight ke Luang Prabang ambil masa lebih kurang 3 jam. Naik dari KLIA2 pukul 12.50 tengahari. Sampai di Luang Prabang time sana lebih kurang pukul 3 petang. Timing kat sana sejam lewat dari timing kat Malaysia.


Cantik view dari atas flight


Sampai kat sana terus ambil minivan ke guesthouse. Minivan ni sharing basis so dia akan turunkan kat guesthouse masing2. Tiket dia 50,000 kip sorang. Airport dengan town dia tak jauh pun dalam 15 minit macam tu je. Sampai2 guesthouse kami check in, solat dan rehat kejap.

Petang dalam pukul 5 macam tu kami keluar jalan2 kat area Sungai Mekong. Ambil gambar and tengok sunset. Bangunan kat sini cantik2 bentuk dia. Banyak cafe2 cantik yang kita boleh try lepak. Sepanjang sungai Mekong tu pun banyak tempat2 makan. Ada satu restorang halal kat depan Sungai Mekong ni tak jauh dengan Apple Guesthouse, Chennai restaurant.


View sungai Mekong kat belakang tu






Then kami ke Luang Prabang night market, saja nak cuci2 mata, banyak hasil kraftangan Laos jual kat sini. Nak beli souvenir ke apa boleh beli kat sini. Try beli fruit shake and crepe kat sini. Murah je harga dia 10,000 kip satu. Macam2 fruit shake and crepe ada pilih je apa perisa korang nak.



Fruit shake kat sini semua 10,000 kip je


Crepe pun sama 10,000 kip jugak



So far ni je la aktiviti kami hari pertama. Lepas habis tu balik guesthouse and tidur. Haha.

Jom baca sambungan Day2.

No comments:

Post a Comment