Kalau sebut honeymoon je confirm la smua pasangan dah tersengih2 suka kan. Yang baru jadi pengantin baru, honeymoon ni macam benda wajib buat dgn pasangan korang la. Kira first time nak berkenal2 dan bermanja gitu kan.
Macam saya dulu, persiapan kawin saya memang honeymoon ni masuk skali dalam list. Haa jangan tak tau saya plan untuk honeymoon awal2 lagi siap kira bajet bagai. Kira benda wajib laa dalam acara kawin saya. Orang kata honeymoon pengantin baru yang baru kawin tu macam antara kenangan manis dalam ikatan perkahwinan la. Betul, lepas kawin boleh g jalan lagi, bila2 nak pegi pun boleh, tapi tak kan sama dengan masa korang pegi first honeymoon lepas kawin tu. Time tu kan kentut pun wangi lagi. Hahahah. Kiranya sampai bila2 pun akan ada sentimental value tau memory honeymoon tu. So kalau boleh, plan la trip korang k.
Tak semestinya kena pegi jauh luar negara je, dalam Malaysia pun tak salah. Banyak je tempat2 best kan. Orang putih kata ' it doesn't matter where you go, but who you go with'. Haaa gittew.
Selalunya pasangan pengantin baru akan pilih pulau atau pantai sebagai destinasi honeymoon. Yela pulau kan cam romantik sikit kan. Memang sesuai sangat untuk bermanja2. Jom saya share kat sini antara pulau famous yang menjadi destinasi kegemaran honeymooners.
1. Bali
Haaa confirm dah boleh agak kan. Bali memang bukan setakat terkenal dikalangan orang Malaysia Asia je, mat saleh pun ramai yang suka ke Bali ni. Tempat dia memang romantik gitu dengan pantai2 cantik sesuai laa untuk pasangan baru kawin. Ada banyak jugak aktiviti lain yang boleh buat dengan partner. Kalau dekat Malaysia, banyak gila pakej untuk bulan madu ke Bali. Pandai2 la korang survey ikut bajet masing2. Kalau tak nak amik pakej pun boleh. Pegi je sendiri lagi jimat. Bali tak susah pun kalau rajin research boleh pergi sendiri je.
2. Lombok
Yang ni consider as adik kepada Bali. Yang penting Lombok pun cantik gila especially pulau Gili Trawangan. Air Asia pun ada flight direct from KL ke Lombok. Try bermalam at least semalam kat Gili Trawangan, confirm banyak memori manis dengan pasangan kt sini kan. Tengok sunset sesama, jalan2 kat pantai, ataupun nak bersantai je kat hotel, pun boleh.
3. Phuket
Pantai Patong yang paling fames sekali dekat Phuket ni. Sememangnya Phuket penuh dengan mat saleh yang suka kan cuaca panas and makanan sedap kat Thailand ni. Dorang suka datang sini boleh berjemur especially time winter dorang. Phuket ni banyak pulau2 cantik keliling dia. Boleh amik pakej island hoping and jalan2 snorkeling.
4. Boracay
Yang ni kat Philippine. Tak jauh jugak pun dari Malaysia. Consider as salah satu pulau yang tercantik kat Asia. Kalau naik Air Asia dari KL kena turun kat Kalibo. Then amik feri untuk ke Boracay.
5. Maldives
Ok tempat ni paling win kot. Confirm laa ramai pmpuan berangan nak sampai ke sini kan. Tak dinafikan memang Maldives ni orang gelarkan sebagai syurga dunia. Sesuai dengan cantiknya air dia bersih dan jernih sangat2. Pasir dia putih dan lembut. Kalau orang kaya berbajet tinggi boleh stay kat private island yang resort2 gempak semua tu kan. Kalau bajet kecik tak boleh pergi ke? Bolehhh, kena pandai sesuaikan dengan bajet kita la. Cari penginapan kat area town dia which is lebih murah and amik pakej yang sesuai dengan bajet kita untuk melawat private island. Google je tips berlambak kat internet kan.
No comments:
Post a Comment