Follow Us

Wednesday, 28 March 2018

Tips Mudah Untuk Kempiskan Perut


Sapa ada masalah perut buncit, mesti pening kan pikir camna nak kempiskan perut tu. Bahagian lain tak besar tapi perut makin buncit plak. Haaa memang boleh serabut pikir pasal ni tau. Hari ni saya nak share sikit tips mudah untuk kurangkan perut buncit. Insyaallah tips saya bagi ni senang untuk semua orang. Yang penting, rajin atau tak rajin je nak try buat.

1. Pakai bengkung.

Ni tips paling senang nak buat iaitu berbengkung. Jangan tak tau, tips ni memang berkesan untuk kempiskan perut tau. Kalau orang lepas bersalin, dalam pantang kena pakai bengkung kan, haaa tujuan dia nak kempiskan perut la. Sapa rajin pakai bengkung insyaallah boleh kempis perut. Setiap hari pakai konsisten. Pakai setiap hari sejam pun cukup la. Yang penting pakai jugak kan.

2. Kurangkan minum air manis.

Gula tinggi dalam badan penyebab gemuk. Nak control gula dalam badan try jangan minum air manis. Minum air masak je. Sehari 2 liter at least. Kalau kita tak minum air manis insyaallah kita boleh control berat badan, secara tak langsung boleh laa kempiskan perut.

3. Buat senaman sit up dan plank.



Senaman ni mudah sangat even kat rumah tengah2 tengok tv pun boleh buat. Sit up dengan plank paling sesuai untuk kempiskan perut. Boleh tengok youtube kalau tak sure camne step dia. Mudah je kawan2 jangan risau. Setiap hari, cuba target buat 20 sit up dengan plank. Kalau rasa susah sangat, try target 10 dulu pun jadi la. Kalau korang konsisten, akan nampak hasil dia, insyaallah.

4. Elakkan terus minum air lepas makan.

Lepas selesai makan, jangan terus minum air. Kalau kita terus minum air memang akan menyebabkan perut buncit. So lepas makan, tunggu dulu lepas 30 minit baru minum air. Time makan pun jangan selalu minum air. Orang tua kata tak elok makan bersulam air, maksudnya makan sikit minum air, then makan pastu minum lagi. Tak elok perut pun cepat buncit kalau camni. Try lepas ni lepas makan, tunggu at least 30 minit baru g minum air. Satu lagi dekat2 time tidur jangan makan. Seeloknya makan malam awal sikit dalam kul 8 paling lewat, so perut ada masa nak hadam elok2 sebelum kita tidur.

5. Detox badan.

Yang ni banyak orang dok share tips ni katanya bagus untuk kempiskan perut. Kena detox badan. Selalunya orang guna lemon. Potong lemon, amik sekeping lemon, then letak dalam air sejuk, pastu minum la. Tujuan dia nak detox badan, kira buang toksin la. Cara ni banyak orang kata berkesan untuk kempiskan perut. Kalau tanya saya, sejujurnya saya tak tau yang ni sebab tak penah try. Haha.

Sekian la tips dari saya untuk membantu kempiskan perut. Harap2 berguna dan sama2 la kita amalkan.

2 comments:

  1. Hehe, sit up tu memang berkesan. Rajin sit up kempis habis perut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...yang penting kena rajin dengan konsisten je kan..hihihi...thank you for reading dear :)

      Delete