Perjalanan from feri terminal to KTM Rersort ni lebih kurang 40 minit je. Kawasan dia kat area Sekupang. Kalau korang naik feri from Singapore, korang akan stop kat pelabuhan Sekupang. So dekat sangat dah nak ke hotel ni. Kalau dari Malaysia akan stop kat Batam Centre so 40 minit la perjalanan nak ke sini.
View cantik nampak Sentosa Island |
Kawasan sekitar resort |
Daddy with Ammar |
Sampai resort, terus check in kat reception. Then naik van untuk ke villa sebab agak jauh dari reception. Kawasan resort ni boleh tahan besar. Semua bilik-bilik kat sini sebijik-sebijik konsep villa. Ada garden villa, seaview villa dengan villa with 2 bedrooms. Bilik dia takda la besar sangat tapi just nice. Bilik bersih and ada toiletries semua lengkap. Kat luar ada letak kerusi and meja untuk sapa2 yang nak lepak kat luar bilik.
Garden villa |
Ni kawasan reception |
Kalau nak ke kawasan kolam renang or kawasan restaurant, boleh call reception untuk jemput kat bilik. Kalau nak jalan pun boleh je sambil jalan sambil tengok kawasan sekeliling pun ok jugak kan. Tempat makan ada 2 pilihan satu yang hotel service punya another one is Ombak Bar. Kat Ombak Bar, the price is slightly higher dari lagi satu tempat tapi makan kat sini view cantik la. Tepi laut sambil layan bunyi ombak. Haaa kalau waktu malam plak romantic laa dengan lampu ala2 malu nak menyala tu. Hihihi. Kami sempat dinner kat sini malam tu. Hubby order fish and chip while me order chicken steak. Total harga is 300ribu rupiah termasuk air and tax. Lebih kurang la dengan harga fine dining restaurant kalau kat Malaysia kan.
Petang2 boleh lepak kat tepi laut tengok sunset. Ada satu kawasan dia letak hammock sederet kat situ so boleh lepak layan angin petang kat situ. Memang best.
Kat sini la sederet hammock tergantung |
Kesimpulannya, sangat highly recommended untuk sapa2 yang nak rehat santai. Boleh try stay kat sini. Nak tengok website dia boleh klik sini KTM Resort .
No comments:
Post a Comment