Follow Us

Wednesday, 11 July 2018

Jalan-jalan ke Pulau Batam, Riau Indonesia

Sempena birthday saya baru2 ni, saya, suami dengan anak ke salah satu pulau kat kepulauan Riau iaitu Pulau Batam. Pulau ni dekat je dengan Johor dan Singapore. Nak ke sini korang ada dua option, sama ada naik feri dari JB atau Singapore. Kalau kat JB boleh naik from Stulang atau Pasir Gudang. Kalau naik from Singapore naik kat Harbour Front.

Kenapa saya pilih Batam? Saja je nak rehat actually. Nak ikutkan kat sini takde la banyak sangat tempat nk melawat pun kan. Tapi kalau nak berehat tu sesuai la. Feri from Stulang ni banyak time lebih kurang sejam sekali timing dia. So kalau lambat ke apa tak kisah sangat, banyak lagi timing boleh pilih. Tiket agak mahal jugak la untuk dewasa sehala 86 ringgit. Korang boleh beli online ataupun walk in je kat kaunter. Kalau nak check tiket online boleh click sini https://berjayawaterfront.com.my/ .



Ni kat dalam tempat menunggu feri sebelum masuk ke imigresen




Dalam feri bila dah berlepas
Feri from Stulang ke Batam ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Lama tu bukan apa sebab feri tak boleh laju, slow benor bawaknya. Kalau laju sikit maybe lagi cepat kan. Sepanjang perjalanan tu memang boleh nampak la view Singapore termasuk la Changi airport dengan Sentosa Island. Dekat2 nak sampai ke Batam tu kita akan lalu kawasan laut yang banyak kapal2 kargo besar2.

Lepas lebih kurang 2 jam sampai la kami ke Batam kat Pelabuhan Batam Centre. Masa kat Batam lewat sejam dari masa Malaysia. Sampai2 terus kami bergerak ke resort yang kami dah book kat area Sekupang, KTM Resort. Ok serius resort ni cantik sangat. Memang berbaloi dan puas hati. Sesuai sangat untuk berehat. Kawasan dia sunyi dan tenang je. Staff resort ni semuanya friendly and sangat helpful. Saya book from Booking.com. Semalam cuma rm 135. Bilik yang saya book ni Garden Villa. Jom tengok gambar sekitar hotel.


Si kecik tu tengok katil terus berlari and landing kat situ :)

Yang ni garden villa

Jalan-jalan dalam kawasan resort
 

Aktiviti kami kat sini memang rehat sepuasnya je. Bawak si kecik mandi kolam, jalan2 kawasan sekitar, tengok sunset and romantic dinner. Kami dinner kat Ombak Bar sambil ditemani bunyi ombak yang memang depan mata je. Memang layan la. Resort ni memang tepi laut betul2 and view Singapore. Boleh nampak Marina Bay Sand clearly dari sini.





Sunset view

Boleh santai kat hammock tengok sunset
Hari kedua kami check out and balik ke town area dekat Nagoya area. Kat sini kami stay kat Swiss-Inn Batam. Harga semalam cuma rm 90. Bilik sangat besar dan selesa. Location pun best sebab dekat dengan Batam City Square (BCS), jalan kaki je dari hotel. Nak makan senang sebab ada banyak gerai penjaja tepi2 jalan, food court besar. Kalau tak nak, boleh je makan kat BCS. Belambak kedai makan dalam ni. Harus laa saya cuba ayam penyet. Tak sah la ke Indonesia kalau tak cuba ayam penyet kat sini kan.


BCS Mall
Shopping mall yang fames kalau kat Batam ni Nagoya Hill Mall. Kalau nak kata besar tu tak la besar sangat sama je semua tapi kat sini paling banyak jual baju and handbeg. Handbag kat sini kebanyakkannya premium beg. Ada jugak gred AAA. Tapi macam2 jenama semua ada kat sini. Tinggal nak pilih je mana korang suka. Kalau pandai tawar lagi bagus la kan.


Nagoya Hill Mall kat main entrance dia
Hari ketiga dah berakhir percutian singkat ktorang. Lepas breakfast terus balik ke JB.

Kalau korang nak tanya number Supir boleh nanti saya bagi Supir yang ok bawak ktorang hari tu.

Pengalaman naik Grab kat Batam.

Sepanjang kat Batam, kami memang ambik grab je. Kat sini boleh guna Grab tapi mencabar. Kenapa mencabar? Sebab teksi kacau. Kalau korang nk tau Grab diharamkan dari ambik penumpang kat area airport, pelabuhan dengan mall. Memang susah. Kalau korang book pun kebanyakkan grab akan cancel. Sebab dorang tak berani nak ambik. Even teksi2 driver tu semua memang usha je kalau korang pegang2 handphone macam nak book online tu. Tips dia kalau nak guna jugak Grab, boleh tapi make sure korang jalan jauh sikit dari area2 mall or pelabuhan tu. Contoh kalau korang sampai kat pelabuhan Batam Centre tu, keluar dari situ and jalan sikit ke depan ada masjid. Korang boleh book grab from masjid tu. Of course naik Grab jimat banyak lagi dari guna teksi kan. Saya bagi contoh, masa nak ke Nagoya town from KTM Resort, harga teksi is 130ribu rupiah, while Grab price is only 50 ribu rupiah. Haaaa beza banyak kan. Jimat banyak kalau guna Grab. So the choice is yours. Kalau agak berani boleh book Grab.

No comments:

Post a Comment