Follow Us

Wednesday, 27 June 2018

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Kacang Buncis

Hai semua. Hari ni saya nak share satu resepi mudah iaitu udang masak lemak dengan kacang. Selalu orang guna kacang panjang tapi saya guna kacang buncis. Resepi ni mudah je yang penting sedap. Jom tengok resepi.


Bahan-bahan:

- Udang (dibersihkan)
- Kacang buncis (potong kecil)
- Santan
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam secukup rasa

Bahan tumbuk lumat (nak blend pun boleh):

- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 6 biji cili api (kalau nak pedas lagi boleh tambah cili api)

Cara-caranya:

1. Sediakan santan. Ikut suka nak guna santan serbuk ke santak kotak atau santan fresh. Agak2 jangan terlampau pekat k.
2. Masukkan bahan tumbuk atau blend tadi bersama santan. Masukkan jugak sedikit serbuk kunyit. Masak dengan api perlahan.
3. Kacau jangan stop supaya santan tak pecah minyak.
4. Bila dah mendidih, masukkan kacang buncis. Masak hingga kacang agak lembut.
5. Masukkan udang. Perasakan dengan garam. Kacau lagi sehingga udang masak.
6. Bila kuah dah mendidih, rasa semua dah ok, boleh la tutup api dan hidang.

Haa mudah kan resepi ni. Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment