Follow Us

Wednesday, 27 June 2018

Tempat Lepak Waktu Malam Sesuai Untuk Family

Kepada semua warga kota di sekitar Lembah Klang, korang selalunyaa malam-malam lepak kat mana. Saya suka kalau nak jalan-jalan malam minggu bawak anak pusing-pusing. Selalunya tempat yang sama laa saya pergi. Tempat tumpuan time malam selalunya uptown kan. Meriah dengan makanan or macam2 barang boleh laa nak cuci mata. Selain dari uptown, boleh juga pergi tempat beriadah. Kot2 nak pusing nak keluarkan peluh ke kannn.

Post ni saya nak share dengan semua pembaca tempat2 port lepak yang best yang korang boleh keluar untuk berhujung minggu dengan family tersayang. Ni dari list saya sendiri laa ye, yang memang saya selalu pergi. Kalau korang ada tempat lagi best, share laa jugak.

1. I-City Shah Alam

Popular dengan gelaran the city of light, tempat ni memang meriah dan cantik waktu malam. Anak saya suka sangat kalau dapat datang sini, seronok tengok lampu2 macam2 warna tu. Bukan setakat ada lampu je, ada jugak beberapa mainan yang anak2 kita boleh cuba naik. Memang tempat hiburan anak2 la kiranya ni. Kalau malam minggu memang sesak penuh dengan orang kat sini. Try la datang k.



2. Ayer 8 Putrajaya (Presint 8)

Sapa tak penah datang lagi sini saya recommend bawak family korang datang. Sesuai nak beriadah or  just nak bersantai2 dengan family. Tempat ni ada kereta, beca, basikal, kereta kuda, train dan macam2 lagi laa yang kita boleh cuba naik. Kereta dia actually bingkai kereta, tapi takde enjin laa.. Korang kena kayuh sendiri baru laa berjalan. Tapi meriah sedap dia dh hias dengan lampu2 bagai. Boleh pusing satu round kat sini. Memang keluar peluh jugak la ceritanya.  Kedai makan pun sangat banyak kat sekitar sini, so takde masalah dah penuhkan perut terus pergi beriadah. Gittu. Hahahha.



3. Dataran Putrajaya

Yang ni yang dekat dengan masjid tu. Dekat bulatan besar tu. Malam2 memang penuh dengan keluarga bawak anak2 main kat sini. Naik basikal la, skuter la, kereta bateri tu and macam2 lagi la. Nak rehat2 duduk tengok gelagat orang pun boleh.



4. KLCC

Jujur mengaku sapa yang tak penah ambik gambar dekat KLCC. Haaa ni confirm ramai yang tak penah bergambar kat situ kan. Selalu tengok KLCC tu penuh dengan tourist je yang sibuk cari angle terbaik nak bergambar kat situ. Orang kita sendiri pun tak penah bergambar kat situ kan. Kalau malam, ramai jugak pealancong lepak kat depan KLCC tu, ambik gambar, makan2 dan sebagainya. Kalau time malam, cantik laa sikit amik gambar dekat KLCC tu sebab ada lampu kan. Tak jauh dari KLCC ni, sebelah Corus Hotel, ada satu tapak food truck yang memang ramai gilaaaaa orang kalau time weekend. Nama dia Tapak Urban Street Dining. Memang banyak sangat pilihan makanan kat sini (tapi harga agak pricey laaa) sampai tak tau nak pilih nak makan apa. Boleh try singgah sini kalau nak mencuba macam2 makan.



5. Uptown/Downtown dan sebagainya

Haaa yang ni memang ada banyak tempat kan. Pandai2 la korang tengok tempat mana yang dekat dengan korang. Antara yang besar yang saya tau dekat Setapak, Shah Alam dengan Cheras.


No comments:

Post a Comment