Follow Us

Sunday, 15 April 2018

P.S I Love You - Review

Sejak2 ada anak ni, sejujurnya memang nak tengok movie bagai kat wayang tu tak dapat la. Tengok kat rumah pun kadang2 separuh je. Kalau nak tengok tanpa gangguan kena tunggu anak tidur dulu then baru laa aman boleh fokus. Masalah saya ni, kadang2 fokus sangat sampai tertidur jugak. Hahaha nampak tak jadi mak2 ni penat kan. Tengok tv pun boleh tertidur k. Parahhh.

K so baru2 ni saya sempat la layan satu movie ni (of course movie lama, mak ni baru nak tengok, hahah) tanpa gangguan and berjaya habiskan menonton. Saya ni memang suka kalau cerita ala2 romantik ni. Suka genre camni. Saya suka tengok cerita yang ringan je takde lawan2 perang bagai. Haishh serabut otak kalau cerita camtu. I olss tak suka keganasan, gittewww.



So saya tengok cerita apa? Haaa cerita P.S. I Love You. Yes cerita ni dah lama and diadaptasikan dari sebuah novel. Cerita dia sedih wehh, memang nangis laa tengok cerita ni. Mengisahkan husband and wife ni yang dah lama kawin tapi belum ada anak, macam biasa la ada masa2 gaduh, ada masa2 romantik, nama pun suami isteri kan. Then one day, husband dia (hero) meninggal sebab sakit. Tinggal la bini dia (heroin) ni nak teruskan hidup tanpa husband disisi. Sapa yang penah kehilangan orang tersayang paham la macam mana perasaan tu kan. Bukan mudah nak adapt memang perlukan masa untuk move on with life kan. Situasi sama berlaku dekat wife dia, bila kat rumah je setiap masa setiap tempat dia akan teringat dekat husband dia. Part paling sedih bila dia nak tidur teringat husband dia, dia call handphone husband dia and dengar voice record suara husband dia. Dia ulang2 call je sampai dia tidur. Part ni memang sedih keluar air mata saya tengok.



Dia depress sampai tak mandi, rumah tak berkemas, makan pun tak. So one day, ada letter sampai and bila dia bukak, letter tu from husband dia. Bermula la cerita surat2 husband dia akan sampai dekat dia, yang membantu dia untuk teruskan hidup dia hari demi hari. Setiap hari setiap masa dia akan tertunggu2 surat dari husband dia. Ada one time ni, husband dia siap arrange untuk dia dengan best friend dia balik Ireland, rumah husband dia and jumpa dengan parents in law dia. Masa balik Ireland ni la, dia jumpa dengan kawan kepada husband dia. I guess, dia end up dengan kawan husband dia ni kot, sebab cerita ni tak tunjuk la ending dorang dua cuma tunjuk dia balik Ireland and meet this guy again, tu je.

Kalau korang bosan kat rumah, tak tau nak buat apa and rasa nak layan movie, try laa wei tengok cerita ni. Best sangat. Cerita yang sangat ringan, at the same time ajar kita macam mana nak jadi kuat, nak teruskan hidup selepas kehilangan orang tersayang. Its not easy, of course, but still have to do it.


No comments:

Post a Comment