Follow Us

Sunday, 19 August 2018

Resepi Daging Masak Kicap Simple tapi Sedap

Salam semua pembaca. Hari ni saya nak kongsi satu resepi daging yang sangat2 simple. Tak perlu masa yang lama nak buat iaitu resepi daging masak kicap. Jom tengok bahan-bahan k.

Bahan-bahan:
- Daging (hiris nipis)
- 1 labu bawang besar (hiris nipis)
- 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
- 1 inci halia (hiris nipis)
- 1 batang cili merah (hiris nipis)
- Sos tiram dan kicap secukup rasa
- Secubit serbuk maggie cukup rasa

Cara-caranya:
1. Daging direbus sampai empuk dahulu. Kemudian gaul dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Masukkan daging dan goreng seketika.
4. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah. Masak sampai bawang layu.
5. Masukkan sedikit sos tiram dan kicap manis.
6. Tambah air untuk berkuah. Ikut suka kalau korang nak kuah banyak letak la banyak air.
7. Tambah secubit serbuk maggie cukup rasa. Kalau korang nak tambah garam pun boleh tapi sos tiram pun dah masin. So rasa ikut kesesuaian k.
8. Kalau rasa semua dah cantik boleh tutup api dan siap untuk dihidang.
Mudah je kan buat ni. Saya selalu beli daging yang dah siap potong kat Jaya Grocer or BIG. Kalau daging ni memang dah lembut so korang tak payah rebus dulu dah. Terus goreng je.

No comments:

Post a Comment