Last year bulan 11 (wahh lamanya throwback, hahaha) saya sekeluarga berkesempatan ke Kuantan dan Cherating. Saja nak merehatkan minda. Mak saya ajak ke pantai timur memandangkan dah lama sangat kami tak ke sini. Last pergi pun masa tu saya form 4 kalau tak silap, haa tahun 2004 tu. Dah lama sangat dah kan. So mak saya plan untuk kesini kali ni. Saja la nak ambik angin tepi pantai kononnya. Time kami pergi ni belum cuti sekolah, so memang tak ramai sangat la orang. Selesa la sikit tak pack kan.
Mommy and daddy Ammar posing dulu |
With adik-adikku |
Kami bertolak dari rumah saya hari Rabu pagi lepas breakfast dalam kul 9 camtu. Sampai ke Cherating around 12 tengahari. Kami check in di Holiday Villa Cherating untuk 2 malam.
Toys dia tak lupa ye walaupun bercuti tetap kena bawak jugak sikit |
Anti sosial mak and adik saya, hahaha |
Mak saya book 3 bilik, untuk saya and family kecik saya, untuk mak and bapak saya, lagi satu untuk 2 orang adik saya. Aktiviti kami rehat je untuk hari ni. Petang apa lagi masing-masing terjun kolam. Si kecik saya pun kemain excited, mandi sampai kecut tak nak keluar kolam. Bestnya Holiday Villa ni, kolam renang dia ada 2. Dua-dua pun best and besar.
Dulu masa datang sini rasa macam cantik je lagi air kat pantai Cherating ni. Tapi this time datang pantai dia tak de la cantik mana dah. Time tu pulak time monsun so memang tak boleh mandi pantai.
Group wefie beramai-ramai katanya. Semua mata tertutup tahan panas, hahaha. |
Hari kedua tu kami jalan-jalan ke Teluk Chempedak, dekat Kuantan. Haa pantai sini better. Pantai dia bersih sangat. Air pun cantik. Tak de aktiviti sangat laa cuma jalan-jalan ambik angin je kat sini. Balik tu sempat singgah jap kat tempat batik apa ntah namanya lupa la. Mak saya sempat la shopping baju sikit kat sini.
Dah balik ke Cherating tu kami singgah pulak kat tempat pemuliharaan penyu, nama dia Pusat Penerangan dan Santuari Penyu, Cherating. Tempat ni betul-betul sebelah dengan hotel Club Med. Tak besar pun tempat dia, nak masuk pun free je. Sekadar nak ambik gambar and nak tengok penyu tu boleh la. Kalau kena dengan musim dia boleh join lepaskan penyu ke pantai. Tapi time ktorang pergi ni bukan time dia.
Hari ketiga, Jumaat kami check out dari Holiday Villa and terus ke Kuantan. Kami check in di Vistana Hotel pulak untuk semalam kat sini. Esoknya pagi lepas breakfast terus gerak balik KL. Itu je la percutian ringkas saya sekeluarga.
Bos besar berjemur |
Time bersama dengan family ni memang saya look forward sangat-sangat la, yela bila dah besar ni kadang-kadang kita takde masa sangat nak spent together kan. So sekali sekala jalan-jalan bersama macam ni memang la sangat best.
No comments:
Post a Comment