Ammar with tokwan and tokmi |
Saja ambil kesempatan cuti panjang untuk jalan-jalan. Kami pergi satu kereta together with my parents dan adik-adik saya. Jalan sepanjang highway tak jem, alhamdulilah. Di JB kami menginap di New York Hotel. Betul-betul depan hotel ni ada restoran ayam penyet sedap nama dia Banafee Restaurant. Korang boleh try makan sini kalau singgah JB k.
Muka bosan menunggu adik2 saya Q dekat imigresen |
Muka tak puas hati dah tu tunggu lama sangat |
Hari kedua tu kami masuk ke Singapore saja untuk jalan-jalan. Ramainya orang ke Singapore maybe sebab cuti panjang kan. Lepas selesai urusan imigresen, kami terus ke Bayfront tempat Marina Bay Sands and Gardens by the Bay. Kami jalan-jalan sebentar di The Shoppess at Marina Bay. Sini kira macam Pavillion la semua branded items kat sini. Bawah dia macam kat Mines ada macam terusan boleh naik gondola.
Dah habis jalan sini kami keluar dan jalan-jalan kat taman. Niat asal nak masuk Gardens by the Bay tapi tak jadi sebab ramai sangat orang. So ambil gambar dari luar je la. Puas jugak tu pun jalan sebab besar kawasannya.
View garden dari jauh |
Group wefie satu kali |
Lepas habis pusing kami terus ke Vivo Mall. Perut dah lapar so kami isi perut kat food court. Bila dah kenyang makan, kami terus ke Broadwalk dan jalan kaki masuk ke Sentosa Island. Ramai orang jugak walaupun cuaca baru lepas hujan. Dah sampai ke Sentosa Island kami jalan-jalan je kat dalam kawasan sini. Memandangkan ni dah kali ke 4 masuk sini, jadi aktiviti kami cuma jalan-jalan ambil gambar je la. Nasib baik time ni tak hujan, matahari pun elok munculkan diri. So boleh kami jalan-jalan dengan tenang. Haa gitu.
Dari vivo mall nak ke Sentosa Island, kami pilih jalan kaki je |
Bila dah balik malam tu sampai-sampai memang masing-masing dah penat. Ammar pun tidur nyenyak sangat la. Semua terbongkang terus dah. Tu je la cerita short trip kami kali ni.
Terima kasih untuk yang sudi baca.
No comments:
Post a Comment