Follow Us

Sunday, 20 January 2019

Kedai Makan Review: Mr Tuk Tuk (Nu Sentral)

Hai semua. Hari ni saya nak share satu tempat makan best yang korang semua boleh cuba, iaitu Mr Tuk Tuk kafe. Mr Tuk Tuk ni ialah kafe makanan ala Thai. Untuk peminat masakan Thai, korang wajib cuba makan sini. Kafe ni ada banyak cawangan actually antaranya dekat Sunway Velocity, The Starling, Sunway Pyramid, The Gardens and Nu Sentral. Yang saya try ni dekat Nu Sentral.

Si kecik saya ni lagi tertarik dengan tuk tuk ni haa





Macam biasa, hari Sabtu ialah hari saya sangkut kuali, so tak masak laa untuk 2 hari. Sekali sekala kena rilek jugak makan luar kan. So untuk lunch kali ni, saya and husband try la makan dekat sini. Kami berdua memang peminat masakan Thai, so tak sabar nak try makan sini. Jom tengok menu kat sini.

Ni menu kedai ni (Sumber: Google)

Kali ni saya order Seafood Tomyam Noodle dengan Iced Thai Tea. Husband pulak order Fried Glass Noodle dengan satu dessert, Chestnut Ruby in Coconut Milk. Tengok la makanaan kami menyelerakannnn.

Menu yang kami order kali ni

Tomyam dia sangat la kaw pekat melekat meletop uolss. Memang sedap sangat. Cukup rasa pedas, masam, manis dia semua la. Macam-macam seafood dia campur sekali ada udang, sotong, kepah and isi ikan. Sayur pulak standard laa ada bunga kubis and cendawan. Tapi tomyam ni lain sikit sebab ada taugeh sekali dalamnya. Portion wise, bagi saya memang banyak. Saya makan sorang memang tak dapat habis. Kalau korang jenis yang makan sikit memang elok kalau share je berdua. Kenyang wei.

Seafood tomyam noodle

Glass noodle goreng dia pulak, memang direquest tak nak pedas, sebab si kecik tu nak makan sekali kan. Memang sedap sangat rasanya. Ada ayam, udang and sotong. Tapi sayur taugeh dia banyak betul, kalau kurang sikit memang lagi best. Tapi ada je orang memang suka taugeh banyak dalam masakan mee yang bergoreng kan. Kalau nak pedas tambah je cili flakes or cili Thai yang ada dalam bekas memang dah tersedia tu.

Fried glass noodle

Air pulak macam biasa laa teh ais siam ni pekat dia lain sikit dari teh ais biasa kan. Tapi yang kat sini punya saya suka sebab tak manis sangat. Just nice rasa manis dia kena dengan selera saya. Dessert yang husband saya order tu memang sedap ada isi nangka hiris halus dalamnya. Yang merah tu maaf tak tau apa, maybe tu laa chestnut ruby tu kot ek. Dia macam cendol laa, lemak-lemak gitu rasa dia.






Total kami makan ni harganya cuma 37.30 saja. Bagi saya murah la dua orang makan and portion dia pun banyak. Rasa pulak memang sedap, so sangat-sangat berbaloi. Next time pasti datang lagi. Hihihi.

No comments:

Post a Comment