Follow Us

Thursday, 14 February 2019

Jalan-jalan Central Market (Pasar Seni)

Bila bosan hujung minggu takde buat apa kat rumah kan, saja je ajak husband acah-acah tourist jap. Ktorang pergi Pasar Seni. Tempat ni kalau orang luar memang tau sangat la. Especially pelancong yang datang kat Malaysia (KL) ni, confirm ni tempat wajib dorang singgah.

Kami naik MRT je dari rumah station Bandar Utama sampai la ke station Pasar Seni. Keluar dari station ni tak jauh dah nak menapak ke Pasar Seni, dari jauh korang dah boleh nampak. Bear in mind kat sini punya la ramai warga asing ye. Sempat saya terpikir jap saya ni kat Malaysia ke kat Negara mana ni. Haha. So take extra caution la dengan korang punya belonging. Beg tu jaga betul-betul k.

Time nak lintas jalan besar kat sini hati-hati ye. Jangan harap sangat dengan kereta-kereta kat sini. Dorang tak reti ikut lampu isyarat tu, main langgar je. So better tengok betul-betul. Jalan clear baru lintas. Jangan lenggang mak limah kat situ bahaya, cepat-cepat lintas pasti selamat.

Posing kat depan pintu masuk central market

Dah sampai, ktorang pun masuk laa pusing-pusing kat sini tengok apa yang ada. Boleh tahan besar jugak sini ada 2 tingkat semuanya. Macam-macam kedai ada contohnya yang jual kraftangan, accessories, baju, makanan pun ada tau. Food court kat tingkat atas. Kat bawah ada jugak beberapa kedai makan.








Ada banyak jugak kedai yang jual batik keluaran Malaysia. Cantik-cantik semuanya. Ada kedai yang siap jual accessories untuk korang yang nak canting batik sendiri. Kecik je kainnya, harga 15 ringgit ke 20 ringgit. So guna kain tu, boleh la korang kalerkan sendiri batik korang. Ni untuk sapa yang nak experience canting batik la. Saya sendiri pun tak pernah buat lagi, tengok je la pernah. Hihi.

Kat bahagian luar kat tepi je ada jugak orang berniaga. Maybe kat luar ni barang lagi murah la kot. Saya agak je la sebab tak payah bayar sewa kedai kan. Hihi.





Ni gambar yang sempat saya snap masa kat sana. Boleh la tengok-tengok untuk yang belum pernah sampai sini lagi.




Fish spa pun ada kat sini


Penat berjalan kami singgah minum kejap kat food court kat tingkat atas. Itu je la aktiviti kami di hari minggu. Moga dapat share sedikit info kepada pembaca. Hihi.
Rehat jap minum air je kat food court


No comments:

Post a Comment