Follow Us

Wednesday, 10 April 2019

5 Cara Untuk Dapatkan Tidur Malam Yang Lena


Penting untuk kita dapatkan tidur malam yang lena dan nyenyak. Sebabnya time tidur malam ni la kita nak recharge energy kita semua setelah seharian bekerja kan. Tahukah anda semua bahawa orang dewasa perlukan sebanyak 7-8 jam tidur yang cukup setiap malam. Kajian mengatakan bahawa kita lebih terdedah kepada risiko penyakit kalau tidur kurang dari 7-8 jam sehari. Antara sebab kenapa pentingnya tidur malam yang cukup ni antaranya ialah:

- Membantu mengurangkan stress dan depresi
- Membantu mencengah penyakit kanser
- Menguatkan daya ingatan
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Menyegarkan badan

Banyak kan kebaikan tidur malam yang cukup ni. So jom la kita cuba maximumkan tidur malam nyenyak kita. Tapi ada jugak sesetengah orang yang susah nak tidur malam. Ada beberapa tips yang mungkin boleh membantu untuk sesiapa yang susah nak dapatkan tidur malam yang lena. Entry kali ni saya nak share sikit macam mana caranya untuk kita dapat tidur malam yang sempurna. Check this out.

 


1. Jauhkan segala gajet ketika waktu tidur

Contoh macam hp, latop semua sila la letak jauh-jauh bila dah sampai waktu tidur. Kalau kita masih scroll hp tu memang lambat lagi la nak tidur jawabnya kan. Bukan apa sebab leka sangat tengok hp, sampai tak sedar masa dah lewat.

2. Pastikan ruang bilik tidur gelap



Sangat digalakkan untuk kita guna lampu tidur kat dalam bilik tidur. Bila dah sampai waktu tidur boleh tutup lampu utama dan cuma gunakan lampu tidur. Semakin gelap bilik tidur, semakin berkualiti tidur yang korang akan dapat. Lagi bagus, kalau tutup lampu terus. Tapi kalau takut tidur gelap, boleh je guna lampu tidur yang cahaya dia malap.

3. Lakukan senaman di waktu siang

Kajian menunjukkan orang yang bersenam di waktu siang akan dapat tidur yang lebih lena dan lebih panjang berbading orang yang tidak bersenam. Badan yang aktif pada waktu siang akan membantu tidur yang lena waktu malam. Tapi jangan pulak korang pergi exercise waktu malam 2-3 jam sebelum tidur. Kalau macam tu alamatnya lagi susah nak tidur la. Sebabnya otak korang dah signal yang badan korang masih aktif.

4. Jangan ambil caffeine 3 jam sebelum tidur



Semua sedia maklum la kalau mengantuk kita minum kopi untuk kurangkan mengantuk kan. So kalau nak tidur malam pulak, seeloknya elakkan la minum kopi waktu malam. Sebaiknya banyakkan minum air kosong je. Kalau memang peminat kopi, minum kopi waktu siang je, bila malam elakkan terus k.

5. Makan makanan seimbang

Jagalah pemakanan korang tu sebaiknya makan makanan yang seimbang. Bila waktu malam jangan makan makanan yang terlalu berat. Waktu makan malam yang paling ideal pulak ialah sekitar 6 - 7 malam. Paling penting jangan makan sejam sebelum tidur. Makan time perut kenyang sangat pun tak elok jugak kan.

Itu je la sedikit tips dari saya. Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak membantu korang yang susah nak tidur malam.


No comments:

Post a Comment