Edisi kali ni nak share pengalaman saya jalan-jalan ke Kuching dengan my family. Ni kira edisi tertangguh. Haha sebab dah lama pegi bulan 8 hari tu ni baru nak update. Baru ada kerajinan nak cerita. Malas tapi nak cerita jugak camne tu? Hihihi.
|
Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. |
Ok so kisahnya bulan 8 hari tu kami sekeluarga termasuk mak, ayah and adik-adik saya kami semua ke Kuching sebab nak hantar adik bongsu saya daftar masuk ke UITM Kota Samarahan. Ye adik saya dapat universiti yang jauh untuk sambung pengajian degree dia. Tapi ok la tu jauh lagi saya dulu masuk UMS. Haha.
|
Dah sampai Kuching harus la bergambar dengan kucing-kucing ni kan. |
|
Waktu malam dekat waterfront. |
Kisahnya saya pergi berlainan waktu dengan my mom, dad and adik-adik semua. Sebab saya amik tiket yang paling murah, so timing lari sikit dari timing dorang. Lagipun dorang naik kat airport penang, saya, husband and anak naik kat KLIA la since ktorang dekat KL kan. Rezeki saya dapat tiket murah dengan flight MAS. Total 3 beranak kami cuma 580 return tiket. Yess murah kan. Tapi yang ni saya amik yang economy light punya so tak ada check in baggage. But its ok since kami bukan plan nak shopping pun kan. So setakat 3 hari tak da masalah la.
|
My mom and dad |
|
Ada la 2 ekor ni keluar masa kami sampai sini |
Lain-lain time tu takada apa sangat la kami just jalan-jalan shopping kek lapis je kat sekitar town tu. Kalau kek lapis yang famous kat sana Kek Lapis Mira dengan Dayang Salhah. Kalau dari waterfront nak ke kedai kek lapis Dayang Salhah tu kena seberang sungai tu. Naik je bot kecik kat tepi-tepi tu sorang seringgit. Hihi. Boleh merasa naik bot kecik tu.
Hari last before balik sempat kami singgat kat My Mom Laksa. Kedai ni laksa sarawak dia memang paling sedap sekali. Korang kalau datang Sarawak jangan lupa try check out kedai makan ni k. Confirm tak menyesal. Tengok je la gambar laksa sarawak dia ni. Menggoda sangat kan. Hihi.
|
Sumpah paling sedap laksa sarawak kat sini guyss |
Sekian la trip jalan-jalan hantar adik pergi UITM kali ni. Thank you for reading guys.
No comments:
Post a Comment